in

“Kalau betul, alhamdulillah”- Kajian : Kes Covid-19 Di Malaysia Dijangka Berakhir Awal Mei

Feat 45

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita gembira yang kita nak dengar di bulan yang penuh hikmah, Ramadan!


Kajian yang dilakukan Singapore University of Technology and Design (SUTD) menunjukkan bahawa wabak Covid-19 di Malaysia berkemungkinan akan berakhir pada 6 Mei.

1 24

Kajian itu turut menyatakan yang wabak itu secara globalnya akan pulih sepenuhnya pada 8 Disember manakala 29 Mei ini akan menyaksikan peratusan jangkitan akan turun kepada 97 peratus, Astro Awani.

Covid-19 diramalkan berakhir di Singapura pada 4 Jun ini dengan 97 peratus penurunan sementara di Itali pada 7 Mei, Jepun (18 Mei), Indonesia (6 Jun), India (21 Mei), Mesir (19 Mei) dan Filipina (8 Mei).

World

Itali 2

Sing

Selain itu, dikatakan jangkitan Covid-19 di Qatar akan berakhir pada 26 Jun.

Manakala berita baik buat Australia apabila menjadi satu-satunya negara yang sembuh 100 peratus daripada Covid-19 pada 22 Mei.

AusAus

Kesemua data ini dikeluarkan pada Jumaat oleh SUTD Data-Driven Innovation Lab menggunakan model susceptible-infected-recovered (SIR) sekurang-kurangnya 97 peratus ke atas 28 buah negara termasuk Malaysia.

Sebelum ini model sama telah digunakan untuk meramalkan beberapa penyakit pandemik seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang melanda dunia pada 2003 dan AIDS.

 

Baca : MUSTAHIL!- Walau Dikecam Seluruh Dunia, Pengarah Makmal Biosekuriti Tinggi Wuhan Nafi Punca Sebar Covid-19

Wuhan 1

Sumber: Astro Awani
Sumber: Astro Awani
Sumber: Astro Awani
Sumber: Astro Awani
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.