Kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia (sehingga artikel ini ditulis) memperlihatkan jumlah yang diluar jangka iaitu lebih 2.4 juta kes positif dengan lebih 170,000 kematian, lapor worldometers.
Persoalannya apakah punca kepada penularan wabak ini? Adakah benar ia datang dari pasar basah di Wuhan? Tabiat pemakanan pelik rakyat China? atau virus yang ‘bebas’ dari sebuah makmal bersekuriti tinggi di Wuhan?
Sehingga kini teka-teki itu masih lagi belum terjawab!.
Namun nama Institut Virologi Wuhan (IVW) kembali timbul selepas Amerika Syarikat mendakwa virus itu tersebar dari makmal tersebut.
Ini antara sebabnya :
- IVW merupakan bank virus terbesar di Asia yang simpan lebih 1,500 strain (mengikut laman webnya)
- Mempunyai makmal keselamatan kawalan tertinggi di Asia dalam mengendalikan patogen kelas 4 (P4) – virus berbahaya dengan ancaman tertinggi jangkitan seperti Ebola
- Mempunyai makmal P3 yang beroperasi sejak 2012
Sebelum ini saintis percaya yang virus tersebut berasal daripada kelawar sebelum berjangkit kepada manusia NAMUN…
Penyelidikan oleh kumpulan saintis China yang diterbitkan di The Lancet pada Januari, mendedahkan pesakit pertama COVID-19 tidak mempunyai kontak dengan pasar yang terkenal di Wuhan, lapor Berita Harian.
Sehingga kini pelbagai teori konspirasi berbentuk tuduhan terhadap makmal tersebut.Malah IVW telahpun memberikan kenyataan, manfikan perkara itu.
Terbaru, selepas menerima kecaman pelbagai sudut Pengarah IVW sekali lagi mengeluarkan kenyataan, MENAFIKAN tuduhan institut itu sebagai ‘punca’ wabak tersebut, lapor nst.
MUSTAHIL, tidak mungkin virus datang dari kita’– Yuan Zhiming
Malah ketika ditanya adakah kemungkinan Covid-19 berasal dari institut tersebut, ini katanya…
“Sebagai orang yang melakukan kajian virus, kami tahu dengan jelas apa jenis penelitian yang dilakukan di institut ini dan bagaimana institusi ini menguruskan virus dan sampel,”
Mereka kini mendapat tekanan dari ramai pihak khususnya Amerika Syarikat yang kini menyiasat adakah punca Covid-19 dari IVW atau sebaliknya.
Meskipun para saintis China mendakwa yang virus tersebut mungkin berpindah dari haiwan ke manusia…mereka percaya pasar basah Wuhan punca wabak tersebut merebak.
Tapi dunia sangsi dengan keberadaan makmal yang mempunyai sekuriti tertinggi itu, tambahan menempatkan virus berbahaya.
Baca : Menipu? Tolong jujur untuk dunia -Aktivis Wuhan Dedahkan, Bandar Itu Belum Zero Covid-19!