in

“Kalau artis memei laju” – Baru 2 Hari Lepas Tegur Air Kotor di Kelantan, Pihak Berwajib Terus Contact Fizo Omar

Fizo Omar Tegur Aksb Ambik Tindakan Air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua hari lepas, pelakon terkenal, Fizo Omar telah meluahkan rasa tidak puas hati mengenai isu air kotor di kawasan perumahannya dekat Kelantan.


Menerusi perkongsiannya di Instagram, isu air kotor ini bukanlah perkara baru dan memandangkan air adalah keperluan harian, mahu tidak mahu penduduk di sana tiada jalan lain melainkan menggunakan air paip yang disediakan kerajaan.

 

“Pihak yang berkaitan telah menghubungi saya…” 

Namun baru dua hari perkara tersebut disuarakan Fizo, pelakon itu hari ini memuat naik posting di Instagram memaklumkan pihak Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah menghubunginya.

AKSB juga katanya telah menghantar bantuan bagi menyelesaikan masalah air kotor di kawasan terbabit.

Tambah Fizo lagi, dia berharap pihak yang bertanggungjawab dapat selesaikan masalah yang sama dihadapi penduduk negeri tersebut yang lain setelah sekian lama ia berlaku.

 

“Suggest abe joe buat lawatan semua tempat kat Kelantan” 

Posting tersebut telah mendapat perhatian netizen yang lega isu air kotor di Kelantan akhirnya mendapat perhatian pihak bertanggungjawab.

Walau bagaimanapun, ramai juga yang tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa apabila hanya aduan daripada individu terkenal saja yang diambil maklum manakala aduan daripada rakyat sehingga kini tidak endahkan. Uiks macam mana tu? 

Fizo Omar Tegur Air Kotor

Moga-moga pihak berwajib selepas ini take note pula luahan dan aduan daripada rakyat marhaen. 

Baca: “Cari pasal nampak” – Kongsi Gambar Lamar Uqasha, Fizo Omar Saja Buat Kamal Adli Panas Hati

Fizo

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.