in

“Kalau aku tuan, dia dah makan penyepak” – Maid Plan Nak Bawa Lari Barang Majikan Dengan Lori, Dah Kantoi Buat Muka Selamba Tak Bersalah

Lori 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang mempunyai maid di rumah, korang mesti dah lali bila dengar kes pembantu rumah melarikan diri lah, mencuri barang majikan lah dan ada tu sampai mendera anak majikan. Aduh pening kepala kan??


Tapi kes yang satu ni another level sikit sebab pembantu rumah ni katanya siap nak bawa lari barang tuan rumah naik lori! Hamboi ini dah melebih! 

 

“Nasib baik owner sempat balik rumah. Penuh luggage disumbatnya harta benda tuan dia” 

Menerusi posting yang viral di Twitter, seorang netizen mendedahkan tingkah laku pembantu rumah rakannya apabila maid tersebut dikatakan telah kantoi ketika cuba membawa lari barang-barang rumah majikannya keluar menaiki lori. 

Lebih mengejutkan, hampir dua ke tiga luggage nampak bersepah di ruang tamu dan telah diselongkar majikan, kesemuanya pulak mengandungi barang milik tuan rumah. Uishhh berani sungguh lahai! 

 

“Muka tak bersalah langsung eh orang gaji dia. Boleh rilek duduk lagi kat sofa” 

Rata-rata netizen yang tengok video kat atas ni memang marah gila siap ada yang perasan, wajah maid tersebut selamba je walaupun dah kantoi kena tangkap dengan majikannya.

Malah dia boleh pulak tu relaks-relaks duduk atas sofa masa kena marah dengan majikan. Sabar je lah ye dapat maid macam ni… 

Muka

 

“Nasib baik tak packing laki orang ni sekali masuk dalam beg!” 

Goodluck

Haih sabar je lah ye kalau dapat pembantu rumah macam ni. Bagi korang yang ada maid tu, berhati-hatilah dan jangan tinggalkan barangan berharga kalau nak travel balik kampung. Sebaiknya bawa sekali maid tu ikut bersama. Nangisss kalau barang rumah semua habis kena rembat ni. 

Baca: Eh buat macam rumah sendiri pula” – Pembantu Rumah Kantoi Pandu Kereta Sampai Eksiden & Bawa Balik BF Tidur Bilik Majikan

Pem

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.