Ekoran dengan kecaman yang dilemparkan oleh netizen terhadap penyanyi yang sedang menempa nama dalam industri seni antarangsa, Agnes Mo, ramai rakan artis yang memberikan sokongan moral kepadanya biarpun ada beberapa pihak yang cuba menentangnya.
Terbaru, salah seorang rakan artis Anji, ada menghubunginya melalui DM Instagram berhubung dengan isunya yang mengatakan dirinya tidak mempunyai darah Indonesia dalam satu program temubual dari luar negara ini.
Melalui laman Instagram, Anji menjelaskan apa yang dia cuba sampaikan itu bukan lah bermaksud yang dia lupa daratan seperti mana yang didakwa segelintir netizen itu.
Mengaku tidak memiliki darah Indonesia, bukan berarti tidak cinta Indonesia atau tidak bangga pada Indonesia.”
Menurut Anji, video yang menjadi bualan hangat netizen itu hanya sebahagian perbincangan sahaja tetapi tidak menonton edisi penuh sehingga mencetuskan provokasi.
Dalam mesej peribadi yang Agnez Mo dedahkan itu, Agnez Mo pelik dengan sikap masyarakat yang salah tafsir dengan kenyataannya, katanya ia jika dia bukan berdarah Indonesia sekalipun, dia tetap rakyat dari negara tersebut.
Malah dia juga menjelaskan bahawa dia selalu bawa budaya Indonesia ini di negara tersebut.
Orang yang tonton program ini lebih tahu pasal Indonesia dan sebabnya ialah saya selalu bawa budaya itu sebab saya rakyat Indonesia. Kalau aku tak bangga jadi orang Indonesia, kenapa aku terus bawa budaya tradisional Indonesia kat sana? Sedih” – Agnez Mo
Dalam pada itu, Anji juga menjelaskan bahawa kenyataannya tidak mempunyai darah Indonesia bukanlah bermakna yang dia tak bangga jadi rakyat dari negara sana.
Dalam pada itu, Agnez Mo juga ada buka mulut sekali lagi melalui laman Instagram, dia juga terkilan dengan segelintir masyarakat yang hanya tunjukkan sebahagian daripadanya sahaja.
Kenapa korang potong dan tunjuk bahagian ini?”
https://www.instagram.com/p/B5VlVvqJV-s/
Sebagai seorang penggiat seni yang sentiasa menjadi figura di mata umum dan tak terlepas daripada tohmahan masyarakat, Agnez Mo telah memaafkan mereka yang mengecamnya.