Macam yang korang tahu, ular tedung ni memang bahaya. Even anak ular ni yang kecik pun bisa dia boleh membunuh tau.
Kalau boleh memang mintak selisihlah jumpa ular tedung ni lagi-lagi dalam lubang jamban. Macam lelaki dari Bangkok ni, yang terkejut bila dia nampak ular tedung besar tengah sorok dalam lubang jamban.
Menurut lelaki ini dalam posting di Facebook, ketika kejadian berlaku, dia pergi ke tandas berdekatan garaj rumahnya dan melihat ada ular tengah menyorok dalam mangkuk tandas. Lelaki ini kemudiannya kongsikan beberapa gambar dia cuba untuk keluarkan ular tersebut dari tempat persembunyiannya.
Dalam gambar yang dia kongsikan ni, korang boleh tengok ular tu mendesir dekat lelaki ni bila dia cuba untuk tarik ular ni keluar. Nasib baik, dia nampak ular tengah menyorok, kalau tak memang tak boleh bayang apa yang boleh jadi.
Netizen yang melihat posting lelaki ini turut terkejut dengan penemuan tersebut dan kebanyakan dari mereka telah tag kawan-kawan meminta supaya mereka berhati-hati semasa menggunakan tandas.
Eee scarynya, masalahnya kalau dah check tapi ular tu menyorok dalam sampai tak nampak macam mana? Urgh!
Baca: Seram! Ular Sawa Sepanjang 6 Meter Tumpang Tidur Atas Bumbung Rumah