Kalau bercuti di pantai atau pulau mesti kita akan mencuba untuk snorkeling kan? Lagi best kalau ada lesen menyelam, semua pemandangan unik dalam dasar laut kita dapat lihat.
Biasanya kalau di pulau peranginan di Semenanjung Malaysia seperti Terengganu dan Johor, pelancong dapat lihat haiwan unik seperti ikan-ikan yang rare atau hidupan laut seperti penyu.
Lain pula cerita di Indonesia ini, sebuah video yang dimuat naik dalam platform TikTok oleh @punyaadipa29 ini menunjukkan pengalamannya sedang snorkeling dan didatangi ikan yu paus (whale shark)!
https://www.tiktok.com/@punyaadipa29/video/7070852817036070170?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7072572541998843393
Difahamkan, situasi gerun itu terjadi kerana nelayan di situ sedang membuang ikan bilis yang tidak boleh dijual ke dalam laut dan itu menarik ikan yu paus tersebut untuk naik ke permukaan.
Dalam video itu juga dikatakan nelayan di situ sengaja berbuat demikian kerana gadis itu juga mahu bergambar dengan ikan yu paus tersebut.
Walaupun rata-rata netizen seram dengan situasi tersebut, dikatakan ikan yu paus tersebut tidak akan makan manusia dan haiwan itu juga hanya makan alga-makro, plankton, udang dan ikan kecil.
Netizen juga memberikan respon yang pelbagai dan ramai juga yang terhibur dengan situasi yang jarang-jarang berlaku itu.
Nampak manja ye ikan yu paus tu!
Baca: “Dah sampai baru perasan” – Ikan Paus 32 Kaki Tersangkut Pada Kapal Timbul Tanda Tanya