in

Kalau Akta Finas 1981 Tak Diubah, KITA SEMUA Boleh Ditangkap & Digeledah Tanpa Waran

Adobe 20200726 193348

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni agak kecoh di media sosial bila semua ingatkan kita dah tak boleh nak post apa-apa video di media sosial kalau tak ada lesen dari FINAS.


Pun begitu, Menteri Komunikasi dan Media, Saifuddin Abdullah telah menerangkan yang perkara tersebut hanyalah salah komunikasi kerana Akta 1981 Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia tak akan dikuatkuasakan pada rakyat biasa dan akan diubah tak lama lagi.

Jb11 09082020 Bengkel 7875053 1413927 20200809182720

Untuk korang yang terlepas train, semua benda ni bermula apabila kerajaan memetik Akta Finas tentang dokumentari kontroversi Al Jazeera yang merakam tanpa lesen.

Akta ni dah lama tak disebut sampai ia dianggap sebagai undang-undang simbolik atau tak berkuatkuasa. Jadi, bila menteri sebut pasal akta ni di parlimen, ia menampakkan seperti kerajaan nak kuatkuasakan undang-undang ni dan ia adalah berita buruk untuk influencers yang pendapatan dorang bergantung kepada media sosial.

Mana taknya, kalau ikutkan akta 1981 ini, undang-undang ni memberikan kuasa yang banyak untuk pihak berkuasa.

Sebab, Akta 1981 Finas ni membenarkan pihak berkuasa untuk geledah dan tahan orang tanpa waran.

Apa yang pihak berkuasa perlukan hanyalah seseorang yang disuspek membuat kesalahan di bawah Akta ini.

Kalau diikutkan dari cara undang-undang ini ditulis, hampir semua orang boleh ditahan kerana, merakam video tanpa lesen dari Finas dianggap sebagai kesalahan di bawah Akta ini. So, kita semua dah confirm-confirm ada rekod video.

1. Apa yang Akta Finas anggap sebagai “filem”

Screenshot 20200726 1755443

Baru-baru ini, MP Kluang, Wong Shu Qi telah mengutarakan soalan kepada Menteri Komunikasi. Dekat bawah ni korang boleh baca sendiri soalan dan jawapan berhubung perkara ini.

Img 20200723 Wa0026 Down

Bila ditanya apakah definisi ‘filem’ di bawah Akta 1981 ini dan adakah ia termasuk TikTok, YouTube dan media peribadi, Saifuddin menjawab dengan merujuk kepada tafsiran seksyen dari Bahagian 1 Akta awal ini iaitu:

  • Filem
  • Filem pendek
  • Filem subjek pendek
  • Trailer
  • Dokumentari
  • Iklan filem
  • Sebarang rakaman termasuk, pita video, cakera video, gambar bergerak beserta dengan bunyi atau tak, untuk ditonton oleh orang awam atau mana-mana kelas orang awam.

Screenshot 20200726 190224

Macam yang korang boleh tengok, definisinya terlalu meluas dan membuatkan hampir semua rakyat Malaysia bertanggungjawab di bawah undang-undang ini melalui Seksyen 22 (1):

“Tiada seseorang boleh mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti mengeluar, mengedar dan mempamerkan filem atau mana-mana gabungan aktiviti yang dinyatakan dalam Seksyen 21 (1) melainkan jika lesen dikeluarkan yang memberi kuasa kepadanya untuk berbuat demikian.”

Namun, Saifuddin telah menjelaskan secara lanjut bahawa Akta ini ditulis pada 1981, oleh itu ia tak dibuat berdasarkan kemajuan sosial media sekarang. Saifuddin juga turut menekankan yang Kabinet telah bersetuju untuk mengubah Akta ini namun perincian masih belum diberitahu.

2. Kuasa untuk menggeledah dan menahan tanpa waran

How Does An Arrest In A Car Accident Impact Your Legal Claim 800X532 1

Disebalik semua kekecohan ini, satu perkara yang tak disentuh oleh Saifuddin adalah kuasa yang diberikan kepada pihak berkuasa oleh Akta Finas ini. Perkara ini telah diterangkan di Bahagian VA Akta tersebut.

Secara khususya pada Seksyen 26 (b), mana-mana polis atau pegawai yang telah diberikan kuasa oleh Menteri Komunikasi boleh:

  • Menahan tanpa waran mana-mana individu yang melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan kesalahan.
  • Menahan seseoran yang disuspek telah melakukan kesalahan atau cuba melakukan kesalahan atau bersubahat dengan kesalahan di bawah Akta atau perundangan subsidiari.
  • Jika seseorang itu menolak atau gagal untuk melengkapkan nama dan alamat atau ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dia telah memberikan nama atau alamat palsu atau bahawa dia kemungkinan besar akan melarikan diri.
  • Jika ada mana-mana individu ditahan, dia dia kemudian akan ditangani sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kanun Prosedur Jenayah.

Screenshot 20200726 1839582

Tak cukup dengan itu, di bawah Seksyen 26 (d), pihak berkuasa dibenarkan untuk menggeledah tanpa waran, jika:

Screenshot 20200726 191449

  • Ada alasan munasabah untuk percaya yang sesuatu bangunan atau tempat telah menyembunyikan atau menyimpan sebarang filem atau peralatan penggambaran di bawah kesalahan Akta tersebut.
  • Ada alasan munasabah untuk percaya jika waran lambat diterima, filem, peralatan penggambaran, buku, dokumen atau benda akan dialihkan/dibuang/dimusnahkan.

Dengan ini, pihak berkuasa boleh menggunakan kuasa di bawah seksyen 26 (c) seperti mempunyai waran dan mereka boleh:

  • Memecah masuk pintu dalam atau pintu luar mana-mana bangunan atau tempat untuk masuk.
  • Masuk secara paksa ke sesuatu tempat dan setiap bahagian di dalamnya.
  • Keluarkan dengan paksa segala halangan untuk memasuki, mencari, merampas dan membuang.
  • Menahan setiap orang yang ditemui di tempat itu sehingga tempat itu selesai digeledah.

Kalau nak diikutkan, agak susah juga kalau Akta ni tak diubah mengikut teknologi sekarang ni. Yelah, hampir semua orang rekod video sekarang ni.

 

Baca: “Takkan nak buat video anak pun kena mintak lesen?” – Rakaman Filem Termasuk TikTok & Instagram Perlu Lesen

Screenshot 2020 08 10 At 4.01.31 Pm

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.