Spekulasi status kehamilan Fasha Sandha masih lagi menjadi tanda tanya di kalangan peminatnya meskipun ada yang mendakwa aktres itu kini sedang berbadan dua.
Menerusi Media Hiburan, Fasha yang terkenal menerusi drama rantaian Natasha bagaimanapun enggan mengesahkan mengenai perkara itu susulan tragedi yang menimpanya sebelum ini.
Fobia dengan keguguran sebelum ini, anak kelahiran Perlis itu hanya meminta peminatnya mendoakan dia dan keluarganya dikurniakan cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama Aidil Aziz.
“Doakanlah yang baik-baik. Pengalaman keguguran lalu menyebabkan saya tidak mahu bercakap lebih mengenai kehamilan.
“Saya percaya, mereka yang pernah ada pengalaman sedemikian akan rasa fobia untuk berkongsi mengenai perkara itu. Apa pun doakan yang baik-baik,” katanya.
Fasha, 35 tahun berkata kegugurannya sebelum ini membuatkan dia sekeluarga bersedih dan memilih untuk tidak menghebohkan perkara itu.
“Saya tidak mahu komen apa-apa pun mengenai kandungan sebab pernah alami keguguran yang teruk dan sangat mendukacitakan buat kami sekeluarga.
“Jadi sebab itulah saya tidak bercakap lagsung. Kalau ada yang tanya pun, saya tidak nafi atau mengiyakan. Saya hanya minta mereka doakan yang baik-baik,” ujarnya.
Fasha sebelum ini pernah mengalami keguguran ketika kandungannya berusia lapan minggu.
Sebelum ini perubahan bentuk badan Fasha yang kelihatan seperti hamil mula menjadi bualan netizen – selepas empat bulan keguguran.
Fasha bagaimanapun belum membuat sebarang pengumuman ataupun mengeluarkan kenyataan berhubung status kehamilan dirinya.
Fasha yang juga Pemenang Pelakon Wanita Terbaik (Drama) ASK 2017 mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.