in

“Kalau ada penjarakan fizikal, dibenarkan untuk tidak pakai pelitup muka” – Ismail Sabri

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam sidang media semalam, Menteri Pertahanan Ismail Sabri mengumumkan yang pemakaian pelitup muka hanya diwajibkan untuk individu di tempat awam. Bagaimanapun, tempat awam seperti taman awam yang mudah untuk melakukan penjarakan fizikal, dibenarkan untuk tidak memakai pelitup muka.


Ismail Sabri kemudiannya menyebut tentang kisah yang tular melibatkan seorang warga emas disaman RM1,000 kerana baca surat khabar di taman kawasan perumahannya tanpa memakai pelitup muka.

Ada kekeliruan dikalangan pihak berkuasa melibatkan SOP pemakaian pelitup muka. Baru-baru ini, kes tular melibatkan individu berdiri di luar rumah dan tak memakai pelitup muka telah dikenakan kompaun telah dibangkitkan kepada saya.”

Screenshot 433

Saya selalu tekankan yang pelitup muka hanya wajib bila di tempat awam yang sesak. Kalau dalam bas atau LRT bersesak, maka perlulah dan wajib pakai pelitup muka.”

Ismail Sabri mengatakan, apa yang perlu ditekankan dalam konteks ini adalah tempat awam yang SESAK. Jika individu tersebut di tempat awam berseorangan dan tak sesak serta boleh melakukan penjarakan fizikal, individu itu tidak akan dikompaun kerana tidak memakai pelitup muka.

 

Baca: Warga Emas Baca Surat Khabar Berseorangan Di Taman Kosong, Dikompaun RM1,000

Screenshot 2020 12 16 At 11.33.44 Am

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.