in

Warga Emas Baca Surat Khabar Berseorangan Di Taman Kosong, Dikompaun RM1,000

Ft Kompaun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sedang leka membaca suratkhabar berseorangan di taman awam di Klang, seorang warga emas didatangi pihak berkuasa. Dia kemudian dikenakan saman RM1,000 kerana dikatakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan wabak.


Menurut MalaysiaGazette, warga emas bernama Lee itu hanya berseorangan di taman tersebut yang juga kosong serta tidak sesak. Dia kemudian dikejutkan dengan kedatangan seorang anggota polis yang bertanya mengapa tidak memakai pelitup muka.

Kompaun

Lee kemudian menjelaskan yang dia terlupa membawa pelitup muka ketika keluar rumah dan taman awam itu juga tiada orang selain dirinya. Tidak menerima alasan itu, anggota polis berkenaan mengeluarkan saman RM1,000 dan menasihatinya supaya membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Klang.

Lee mengaku kesilapannya dan sedia bertanggungjawab atas kesalahan itu serta menerima ‘nasib malang’ itu sebagai pengajaran. Namun, Lee berharap agar kompaun dikenakan terhadapnya itu dikurangkan atau dibenarkan untuk dia melunaskan bayaran secara ansuran setiap bulan.

Saya tahu saya perlu bertanggungjawab kerana melakukan kesalahan, tetapi saya meminta kompaun dikurangkan atau membenarkan saya membuat bayaran secara ansuran.”

Lee merupakan guru tuisyen sambilan dan hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM305 setiap bulan. Disebabkan tidak memandu dan hanya menunggang basikal, Lee hanya dapat pergi klinik kesihatan terdekat namun dia kemudian diminta untuk pergi ke Pejabat Kesihatan Klang juga.

Pkk

Disebabkan itu, Lee terpaksa mengayuh basikalnya ke lokasi terbabit yang lebih jauh dan memakan masa hampir sejam. Difahamkan, Sinchew Daily melaporkan beberapa pemimpin komuniti termasuk Ahli Majlis Perbandaran Klang ada menghubungi peguam untuk menghulurkan bantuan guaman kepada Lee.

Kesian pulak admin rasa, kena kayuh basikal tu alahai. Bukan ke tempat tak sesak, kenapa perlu saman? Korang rasa patut saman ke atau budi bicara dulu? 

Baca: “Kes dianggap selesai” – Langgar SOP Sambut Hari Lahir Di Tepi Pantai, YB Young Syefura Dikompaun RM1,000

Yb Pura Pura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.