Sebelum ini, nama bekas pengacara MeleTOP, Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 32 menjadi perhatian netizen apabila mereka cam bahawa isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail itu dikatakan sedang hamil.
Lapor Kosmo! Mata tajam warganet memerhatikan apabila melihat Neelofa sering usap perut beberapa kali dan kerap duduk sebab letih berdiri lama-lama saat dia sedang mempromosikan tudung terbarunya ketika sesi live di Instagram beberapa bulan lepas.
Ada alasan tersendiri tidak menjawab – Neelofa
Bukan itu sahaja, ada yang perhatikan bahawa Neelofa kini kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ini. Disebabkan spekulasi tersebut, Neelofa akhirnya menjawab desas-desus itu yang selama ini menjadi tanda tanya selepas sekian lama berdiam diri.
Dalam sesi temubualnya semalam, Neelofa menjelaskan bahawa dia ada sebab tersendiri kenapa memilih untuk berdiam diri. Katanya, ia bertujuan untuk menunggu waktu yang sesuai seandainya sesuatu perkara itu benar atau tidak.
“Sebab satu berita yang kita nak adalah doa-doa orang ramai, betul tak? Jadi, Lofa pun kalau rakan-rakan artis mana yang turut dapat berita yang sama, mereka pun tunggu saat yang betul untuk kongsikan .”
Oleh sebab itu, mengenai ‘berita gembira’ itu, Neelofa dalam keadaan segan silu mengatakan bahawa, dia akan kongsi pada masa yang tepat ‘kalau ada’.
Betul ke neelofa hamil? 🤔
Kalau korang nak tahu lebih lanjut meh follow akaun tiktok @tontonmy 😉 Tag member korang sekali tau! pic.twitter.com/uBz62yMeTP
— xtra_my (@xtramy_) October 6, 2021
Untuk rekod, Neelofa telah menamatkan zaman bujangnya selepas sah bergelar isteri kepada Hatis Ismail pada 26 Mac 2021 lepas.
Baca : “Laku keras” – Fuh! 220,000 Pelitup Muka PU Riz -& Neelofa ‘Sold Out’ Tak Sampai 3 Jam