in

“Laku keras” – Fuh! 220,000 Pelitup Muka PU Riz & Neelofa ‘Sold Out’ Tak Sampai 3 Jam

Ft Neelofa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas, tudung keluaran Fazura mendapat sambutan hangat kerana harganya yang murah. Tak sampai dua jam dilancarkan, 80,000 helai tudung tersebut telah dibeli oleh peminatnya dan ada juga yang kecewa kerana gagal dapatkan koleksi Tudung Fazura.


Begitu juga dengan kisah kalini, Neelofa dan PU Riz telah melancarkan produk baru mereka iaitu pelitup muka yang dikenali sebagai NUNHA Mask pada 1 September lepas. Sebanyak 220,000 pelitup muka telah dijual dalam masa tidak sampai 3 jam.

Neelofa E1630657527483

Menurut PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail dia sangat terkejut dan tidak sangka dengan sambutan yang menggalakkan terhadap produk keluarannya itu.

Alhamdulillah, saya tidak menjangkakan sambutan begitu menggalakkan. Kami baru saja lancarkan 3 jam lepas dah habis tempah”.

Tambahnya lagi, pihak mereka merancang akan menambah beberapa koleksi warna untuk keluaran akan datang. Lapor Gempak.

Neelofar E1630658481427

Produk essentials yang dikeluarkan oleh syarikat Markaz Tijaari yang diusahakan oleh Neelofa dan PU Riz ini hadir dengan dua jenis pelitup muka iaitu jenis earloop dan headloop. Pelitup muka ini sangat secure kerana ia mempunyai empat lapisan yang berkualiti.

Selain pelitup muka, Pu Riz dan Neelofa sebelum ini ada mengeluarkan beberapa produk makanan tambahan dan pakaian yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat-peminat mereka.

Pasangan yang berkahwin pada 27 Mac yang lalu itu telah menjalankan perniagaan sebelum mereka berkahwin lagi.

Min baru je nak beli,hmm…

Baca: “Respect to fazura” – Netizen Terkejut Harga Terlalu Murah Fazura Kata Ini Sebab Kenapa Jual Tudung Bawah RM30

Fazura E1630658758565

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.