in

“Kalau ada 6-packs terus hire!” – Kedai Durian Popular SS2 Cari Pekerja, Muka Handsome Dapat Extra Point

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan dari korang mesti suka makan durian kan? Tapi tak ramai yang mampu nak beli durian paling-paling pun dapatlah puaskan keinginan dengan beli durian kampung.


Tapi cuba bayangkan kalau korang dapat kerja dekat kedai durian. Uish heaven! Lagi-lagi kedai durian tu jual durian mahal macam D24, Musang King semua macam dekat Durianman di SS2 yang sekarang ni tengah cari pekerja yang digelar Durian Knife Master. Ha, yang tak reti nak bukak durian tu bolehlah lupakan ya?

Apa yang menarik perhatian, kriteria pekerja yang dia cari ni agak kelakar tau. Antara-antaranya adalah:

  • Boleh berkomunikasi dengan pelanggan dalam Mandarin, BM atau Bahasa Inggeris. Lagi bagus kalau boleh berkomunikasi menggunakan sekurang-kurangnya dua bahasa.
  • Ada pengalaman dan skill untuk mengendali pisau durian dan buka durian dengan cepat. Kalau takut, jangan!
  • Perlu sentiasa bersih dan bau badan tak boleh lebih kuat dari durian.

Lepastu, ada kriteria tambahan tau, kriteria ni, kalau korang ada confirm dorang terus hire korang.

  • Kalau boleh menari atau buat aksi akrobatik sambil buka durian tapi masih mengamalkan keselamatan tanpa mencederakan orang lain, akan terus diambil bekerja.
  • Kalau boleh buka durian macam pro, ada 6-packs dan kacak pun korang akan diambil bekerja serta merta.

Apa yang korang kena buat sebagai Durian Knife Master ni?

  • Buka banyak durian dalam satu hari dan masih suka dengan kerja ni
  • Semalam buka durian, hari ini buka durian esok pun kena buka durian
  • Kena senyum dengan pelanggan, jaga kebersihan dan mempunyai personaliti yang sihat.

Untuk jawatan Durian Knife Master ni, dorang tawarkan gaji bulanan sebanyak RM2,500 ke atas and of course kalau ada skill extra mestilah boleh minta lebih kan?

Tunggu apa lagi tu abang-abang sado? Cubalah apply job ni.

 

Baca: “Melampau betul omputeh ni” – 12 Pekerja Pejabat Pos Jerman Cedera Sebab Ingat Bungkusan Isi Durian Tu Gas Bocor

Sumber: DurianMan
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.