Seperti yang sedia maklum, anggota kumpulan K-Pop Blackpink, Lisa telah melancarkan debut solonya yang berjudul ‘Lalisa’. Video muzik lagu itu telah dimuat naik di YouTube pada 10 September yang lepas.
Lebih mengejutkan, Lisa berjaya mencatatkan rekod sebagai artis solois pertama di Korea Selatan yang berjaya memecahkan rekod dunia Guiness sebanyak dua kali. ‘Lalisa’ berjaya memperoleh tontonan video paling banyak dalam masa 24 jam dengan jumlah 73.6 juta.
Menurut Straits Times, sebelum ini Lisa berjaya pecahkan rekod yang telah dicatatkan oleh Taylor Swift pada 2019 dengan jumlah tontonan sebanyak 65.2 juta. Tidak hanya dengan itu, Lisa juga berjaya memecah rekod lagu debut oleh rakan sekumpulannya, Rose iaitu On The Ground yang telah dilancarkan pada 12 Mac yang lalu dengan rekod 41.6 juta dalam masa 24 jam.
Sebelum ini, Lisa atau nama penuhnya Lalisa Manoban merupakan artis Thailand pertama di agensi YG Entertainment telah mendapat pujian Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha kerana menyerlahkan budaya Thailand dalam video muziknya.
Tidak hanya dengan itu, hasil dari pelancaran lagu solonya, jumlah pengikut Lisa juga meningkat naik kepada 62.7 pengikut yang menjadikan dirinya sebagai artis K-Pop dengan jumlah pengikut paling ramai.
Sebagai rekod secara berkumpulan, Blackpink mempunyai subscribers YouTube paling ramai mengatasi Justin Bieber dengan jumlah sebanyak 68 juta.
Baca: Agensi Nafi Jisoo BLACKPINK dan Pemain Tottenham Hotspur, Son Heung-min Bercinta