Dah menjadi kebiasaan kalau mana-mana kawasan kat rumah yang ada sarang labah-labah, pasti kita akan membersihkannya sebab tak mahu berhabuk dan serangga lain melekat di sarang tersebut.
Tapi pernah tak kita terfikir effort seekor labah-labah dalam membina sarangnya?
Haa kalau korang tengok video yang dikongsikan @dinaoren0 dari TikTok ni pasti korang akan teragak-agak nak bersihkan sarang labah-labah lepas ni.
Rupanya macam ni labah-labah bina sarang!
Menerusi video yang viral di TikTok, sehingga setakat ini sebanyak 3.8 juta netizen telah menonton video yang memaparkan seekor labah-labah sedang membina sarang dalam tempoh masa kurang dari 2 minit.
Labah-labah itu pada awalnya dilihat mula membina rangka sarangnya sebelum ia menghubungkan rangka tersebut dengan mengelilingi sarang itu dalam pusingan bulatan.
Sarang berkenaan pula kelihatan sangat kemas dan tak ada cacat cela langsung. Haa korang tengoklah sendiri macam mana labah-labah ni buat. Laju gila!
@dinaoren0
“Teruk-teruk buat kena rosakkan dalam dua saat”
Netizen yang melihat video itu sangat terpegun dengan kebolehan seekor labah-labah dapat menghasilkan sebuah sarang yang cantik dalam masa yang singkat.
Malah ramai juga yang bersedih kerana usaha labah-labah itu selalunya ‘tak dihargai’ kerana manusia dengan mudah merosakkan sarang haiwan itu dalam sekelip mata je. Nak buat macam mana kan?
Hebatnya kebolehan labah-labah ciptaan Allah kan?