in

“Kaki saya kat kubur yang sakit” – [VIDEO] Wanita Bagi Ayat ‘Win’, Isu Lif Rosak Di PPR

Kaki Kakak Sakit Kaki Kat Kubur Phantom Limb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masalah infrastruktur di rumah flat seperti lif yang rosak bukanlah isu baru dan ramai yang sudah merungut mengenai hal ini.


Mereka yang mempunyai masalah kesihatan, ibu hamil, orang tua dan juga orang kurang upaya (OKU) terpaksa berhadapan dengan isu lif rosak ini hampir setiap hari hingga menjejaskan rutin hidup mereka.

“Kaki saya yang kat kubur tu yang sakit” 

Baru-baru ini, seorang wanita telah ditemubual berita TV3 meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai isu lif rosak di PPR Kempas Permai.

Menerusi video yang dikongsikan semula di TikTok, wanita itu memberitahu bahawa dia yang menggunakan kaki palsu terpaksa berhadapan dengan masalah sakit kaki hingga terpaksa guna lif bomba untuk turun dari flat tersebut.

@akramhalib12

#tv3 #makcikpetir #makcikhebat #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #tiktokmalaysia

♬ Sikok Bagi Duo ( Tiktok ) – Meli Dedi

Lebih mengejutkan, wanita ini juga siap cerita kesakitan luar biasa yang dialaminya melibatkan kaki yang sudah ‘tiada’.

Saya memang dah tak boleh tahan sebab saya kaki palsu. Bila saya buka kaki saya, bukan kaki saya yang ada ni sakit, kaki saya yang kat kubur tu yang sakit. 

“Saya terpaksa hempas kaki saya untuk mengurangkan rasa sakit dan bisa kat kaki tu,” luahnya.

“Betul dia cakap, tu namanya phantom limb” 

Menjengah ke ruang komen, netizen yang kurang faham mengenai apa yang dikatakan kakak itu telah diberikan penjelasan mengenai sakit yang dialaminya iaitu ‘phantom limb’.

Menurut netizen, mereka yang telah dipotong anggota badan sama ada kaki atau tangan tetap merasakan sakit akan anggota yang telah dipotong walaupun hakikatnya anggota itu telah tiada.

Sakit Phantom Limb

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan menerusi satu perkongsian pernah menjelaskan bahawa pesakit ini merasa seakan-akan mereka boleh gerakkan jari pada tangan yang telah tiada.

“Bayangkan dia masih rasa boleh gerakkan jari pada tangan yang dah tak ada. Kadang-kadang rasa gatal pada tapak tangan, bila nak garu tengok tangan yang gatal tu, sekali tangannya tak ada. Bingung, kan?

“Nak hilangkan phantom limb sensation ini, ambil masa yang agak lama jika ia melibatkan anggota tangan. Perlukan berminggu-minggu, kadang-kadang berbulan-bulan, ada yang bertahun-tahun,” jelasnya.

Baguslah ramai yang cakna mengenai isu sakit ini dan tak buat lawak dengan penjelasan kakak tu. Apa-apapun harap masalah lif rosak di PPR berkenaan dapatlah diselesaikan. Kesian kakak tu dan orang lain terpaksa hadap benda macam ni setiap hari. 

Baca: Lantai Banyak Retak, Netizen Tak Puas Hati Tengok Keadaan ‘River Of Life’

Tangga

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.