Dalam perkahwinan, tak semuanya indahkan? Kadang-kadang masalah yang berlaku antara suami dan isteri tu memang boleh buatkan keadaan dan mental jadi tertekan.
Menurut satu kajian, ramai ibu yang mempunyai tahap tekanan yang tinggi dan 46% daripada mereka mengatakan punca stress dorang ni adalah dari suami dan bukan anak-anak. Betul ke ni?
Lebih memeranjatkan, punca ramai isteri lebih stress dengan suami dari anak-anak ni bukanlah sebab keganasan rumah tangga atau isu orang ketiga, tapi… Ha kalau korang nak tahu, baca sebab dia kat bawah ni.
1. Perangai suami macam budak-budak
Menurut salah seorang ibu yang menyertai kajian tersebut, kanak-kanak akan sentiasa menjadi kanak-kanak, tapi bila lelaki yang dah berusia 35 tahun tapi buat perangai macam budak 7 tahun memang boleh buat stress.
Biasanya, ayah akan buat aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dengan anak-anak. Jadi, mereka sering dianggap sebagai kawan, teman sepermainan dan rakan subahat bila nak buat benda yang nakal.
Tapi bagi ibu pula, dorang lebih tekankan disiplin, kesihatan dan pelajaran anak-anak ini menjadikan mereka sebagai seseorang yang membosankan untuk anak-anak.
Bila ayah pun tak membantu dan sentiasa biarkan ibu jadi “orang jahat” bila melayan anak, perkara ini boleh membuatkan isteri rasa tertekan.
Jadi, apa yang korang boleh buat adalah berbincang cara untuk mendidik anak dan sama-sama bersetuju dengan larangan yang dibuat untuk anak. Selain tu, penting juga untuk ayah turut pikul tanggungjawab menjaga anak. Kurang sikit beban isteri tu…
2. Kerja rumah terlalu banyak
Kajian menunjukkan, satu dari 5 ibu berkata, mereka tak mempunyai pertolongan yang cukup dari pasangan mereka untuk membuat kerja rumah adalah antara faktor terbesar yang buatkan isteri rasa tertekan dengan suami.
Wanita biasanya luangkan lebih banyak masa membuat kerja rumah termasuklah memasak, mengemas, bayar bil, beli barang dan macam-macam lagilah.
So, kalau boleh suami pun sama-sama lah bantu buat kerja rumah. Isteri masak, suami kemas rumah. Macam ni baru rumah tangga pun bahagia…
3. Isteri rasa bersalah
Disebabkan kebanyakan tugasan rumah termasuk membesarkan anak dibuat oleh kaum ibu, mereka cuba untuk buat semua benda dalam masa 24 jam dan kadang-kadang tu sampai tergesa-gesa nak habiskan kerja sampai tak sedar ada buat salah.
Jadi bila ada benda yang salah berlaku, wanita akan rasa bersalah dan perasaan ini juga boleh membawa kepada tekanan.
Saya rasa macam saya kena fikir cara untuk didik anak-anak sendiri tanpa bantuan dari semua. Benda ni semua beri tekanan kepada saya sebab bila sesuatu yang buruk berlaku, saya akan dipersalahkan.”
Hmmm
4. Tak ada masa untuk diri sendiri
Ramai wanita lebih-lebih lagi seorang ibu susah untuk dapat masa sendiri. Walaupun nampak macam benda ni remeh, ia boleh memberikan tekanan yang berat.
Untuk wanita yang sering menjaga anak, kadang-kadang tu dorang memang nak masa sendiri jauh dari anak-anak. Tapi ini tak bermakna dorang tak sayangkan anak.
Tapi kalau suami tak memahami dengan keperluan isteri untuk ada me time, memang susah! Contohnya, kalau suami ajak pergi bercuti pun, selalunya isteri banyak spend masa jaga anak dan teman anak berbanding healing.
Kalau boleh, seminggu atau dua minggu sekali suami offer lah untuk jaga anak satu hari dan biarkan isteri keluar cari ketenangan macam pergi lepak dengan kawan atau pun shopping.
Percayalah, kalau suami membantu untuk kurangkan tekanan dan bebanan isteri, mesti isteri pun akan sentiasa happy dan tak banyak komplen. Betul tak?
Selain tu jugak, stress juga boleh sebabkan pergaduhan rumah tangga dan berikan kesan negatif terhadap kesihatan. Jadi, penting untuk korang cuba sebaik mungkin untuk kurangkan tekanan dalam kehidupan.
Sumber: Brightside, Today
Baca: Bobbi Parker: Kisah Isteri Warden Penjara Lari Dengan Banduan, Kena Culik Atau Bersubahat?