in

Kajian: Malaysia Di Tangga Ke-2 Untuk Senarai Buli Siber Dalam Kalangan Remaja

S 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda ialah seorang pengguna media sosial di Malaysia, pasti anda sudah biasa dengar dan lihat akan budaya ‘cancel’. Budaya ini berlaku apabila seseorang individu melakukan kesilapan, dan individu tersebut akan dikecam dengan teruk.


Di Malaysia, kita boleh lihat gejala buli siber ini bukan sahaja berlaku terhadap selebriti dan orang ternama, malah ia juga berlaku dalam kalangan remaja.

Untuk rekod, Malaysia kini berada di tangga kedua dalam senarai buli siber dalam kalangan remaja di Asia pada tahun 2020. Hasil kajian ini dikeluarkan sendiri oleh United Nations Children’s Fund (Unicef), menunjukkan gejala buli siber semakin meningkat di negara ini.

Penggunaan media sosial secara meluas telah membuatkan buli siber belaku secara meluas, dan tingkah laku yang toksik. Situasi ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan remaja, tetapi orang dewasa juga.

Buli E1572325300157.Jpg

Seorang penyelidik mengenai buli siber dalam kalangan remaja, Jessie Yong Tse Shing berkata, tingkah laku demikian boleh menjadi unjuran ketidakbahagiaan mereka sendiri kerana kehilangan keperluan asas.

Menurut Teori Pilihan Glasser, manusia memerlukan lima asas keperluan iaitu kelangsungan hidup, kepunyaan (untuk mencintai, disayangi, dan rasa bernilai), kuasa, kebebasan dan keseronokan.

Jadi, apabila salah satu keperluan asas mereka tidak dipenuhi, seseorang individu itu akan menggunakan buli siber sebagai alat untuk memenuhi kehendak mereka. Sebab itu juga. buli siber tidak hanya berlaku dalam kalangan remaja, tetapi orang dewasa juga.

Kajian juga membuktikan pelaku buli siber mengalami kesunyian. Ini berikutan kurangnya rasa kasih sayang daripada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling. Membuli orang lain dalam talian adalah cara mereka untuk mendapatkan perhatian daripada orang yang tidak dikenali.

Beliau turut berkata, mereka yang mempunyai populariti dan penerimaan sosial kebiasaannya tidak terlibat dalam gejala buli siber. Hal ini kerana pembuli siber selalunya ialah individu yang tidak mahir dari segi sosial.

Kredit: MalayMail

BACA: Kajian: Hanya 27 Peratus Graduan Bumiputera Dapat Pekerjaan Pada Tahun 2020

Cats 18

Sumber: Wanista

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.