in

Kajian Buktikan Seks Selama 4 Minit Sehari Boleh Kurangkan Risiko Kanser Sebab…

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti korang susah nak percayakan aktiviti asmara di antara suami dan isteri hanya untuk beberapa minit sehari boleh mengurangkan risiko penyakit kanser.


Kalau korang nak tahu, menurut kajian yang dijalankan oleh pakar, dengan hanya membuat hubungan seks selama empat minit, ia boleh mengurangkan risiko kanser untuk pasangan berkahwin.

Ia telah dibuktikan melalui kajian ke atas responden yang membuat aktiviti ini setiap hari di mana mereka menemui badan responden menjadi lebih sihat berbanding pasangan yang tidak berbuat demikian.

Untuk orang yang belum berkahwin lagi, jangan risau sebab aktiviti yang boleh mengurangkan risiko kanser ini tidak hanya terhad kepada hubungan intim, ia turut merangkumi segala aktiviti harian normal seperti bermain dengan kanak-kanak atau membuat kerja-kerja rumah juga turut memberikan faedah yang sama.

Menurut pakar, aktiviti-aktiviti yang menggunakan pernafasan yang laju dan kuat dalam masa empat minit setengah dengan tenaga yang banyak ini boleh mengurangkan risiko kanser sebanyak 19 peratus. Basically aktiviti yang akan buat korang termengah-mengah.

452 Couple After

Selain itu, senaman atau apa-apa jenis aktiviti fizikal juga turut boleh mengurangkan risiko kanser sebanyak 32 peratus.

Penulis utama kajian ini, Profesor Emmanuel Stamakis dari Universiti Charles Perkins di Sydney, Australia juga turut mengatakan aktiviti yang melibatkan pernafasan yang laju diibaratkan seperti sesuatu yang luar biasa kerana keseluruhannya ia boleh memberi impak kepada tahap kesihatan seseorang.

Beliau berkata, penggunaan tenaga untuk berjalan setiap hari atau mengangkat barang berat bila membeli-belah turut boleh memberikan kesan yang sama.

Jenis kanser yang berkait dengan aktiviti fizikal jika tiada sebarang senaman dibuat adalah termasuk hati, paru-paru, buah pinggang, perut, endometrium, myeloid leukemia, myeloma, rektal, kepala dan leher, usus, payudara dan esofagus.

Kajian ini telah dibuat dengan mengambil data dari peranti yang dipakai oleh responden untuk mengesan dan mencatat aktiviti harian lebih dari 22,000 orang yang tidak bersenam.

Pengkaji kemudiannya mengikuti perkembangan laporan perubatan selama tujuh tahun untuk memerhati dan memantau perkembangan kanser.

Keputusan kajian ini menemui, aktiviti fizikal sekurang-kurangnya empat ke lima minit sehari menampakkan penurunan risiko mendapat kanser berbanding orang yang tidak membuat aktiviti tersebut.

Sumber: Mirror

 

Baca: 9 Mitos Tentang Seks Yang Ramai Orang Percaya, Tapi Sebenarnya…

Screenshot 2023 08 01 At 7.55.29 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.