Jutawan menderma atau membantu orang susah, cerita paling selalu kita dengar atau dipaparkan di dada akhbar serta berita. Berbeza pula kali ini, seorang wanita sanggup menjadi tukang sapu dan meninggalkan kehidupan sebenarnya sebagai seorang jutawan.
Yu Youzhen, 53, seorang jutawan terkenal di China bekerja sebagai seorang tukang sapu enam hari seminggu. Setiap pagi, beliau akan memulakan kerjanya seperti menyapu, mencuci dan mengosongkan tong sampah di jalan raya sepanjang 2 kilometer di bandar Wuhan, China.
Menurutnya, ia adalah untuk mengajar anak-anaknya supaya bekerja keras supaya mereka tahu bahawa kesenangan tidak datang tanpa bersusah payah. Yu juga tidak mahu memberi tanggapan kepada mereka bahawa menjadi orang kaya itu tidak perlu berbuat apa-apa selain mahu mereka sentiasa merendah diri.
Beliau memiliki banyak harta dan aset di China termasuk 17 buah pangsapuri, namun tidak leka dengan kekayaan yang dimiliki. Tidak jalani kehidupan seperti seorang jutawan, tidak berseronok atau bersenang lenang sahaja di rumah, Yu menceritakan bahawa beliau bukanlah datang dari keluarga yang senang.
Malah kekayaannya datang dari usaha serta kerja kerasnya sejak masih muda lagi. Beliau dahulunya hanyalah seorang petani sayur miskin dari Hongshan di Wilayah Donghu, Huojiawan. Yu juga pernah bekerja sebagai tukang masak dan pemandu lori. Kini, aset yang dimiliki Yu mencecah 1.6juta US Dollar.
“Saya mahu menjadi model contoh untuk anak-anak saya. Saya tidak mahu mereka leka dan menghabiskan harta yang ada.”
Tidak mahu anaknya mengamalkan kehidupan yang senang lenang, Yu ingin menjadi contoh positif dan yang terbaik buat kedua-dua anaknya. Menurut beliau, anak-anaknya tidak seharusnya memanjakan diri dengan hasil kekayaan yang diperoleh.
“Gaya hidup sebegitu pasti akan membahayakan mereka dalam jangka masa yang panjang. Bekerja bukanlah hanya untuk gaji semata-mata, ia akan membuatkan kita fokus. Kemalasan pula hanya akan membawa kepada pelbagai tabiat buruk yang lain.”
Kedua-dua anak Yu bekerja ‘makan gaji’. Anak lelaki bekerja sebagai pemandu yang memperoleh pendapatan bulanan lebih kurang RM987 sementara anak perempuan pula tiada pekerjaan tetap namun memperoleh RM1,480 dengan kerja yang tidak menentu.
Yu pula, memperoleh RM641 sebulan dengan bekerja sebagai tukang cuci. Paling dahsyatnya, beliau telah bekerja sebagai tukang cuci lebih kurang satu dekad yang lalu. Lamanya.. Salute!
Eh, bukan jutawan Malaysia lah :p