in

Jurusolek & Designer Nak Taja 5 Pasangan Bakal Pengantin Frontliner Make Up & Baju Nikah Free

fiqqisl4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai tanda menghargai jasa dan pengorbanan frontliner yang telah mempertaruhkan nyawa semasa negara ini dibelenggu Covid-19, pereka fesyen Seth & Luna dan jurusolek profesional Fiqqi Abdullah ingin menaja sesi makeup dan baju pengantin 5 pasangan bakal pengantin frontliner di sekitar KL & Selangor.

 

Sebagai tanda penghargaan buat frontliner


Lima pasangan yang bekerja sebagai barisan hadapan negara ini bakal menerima sepasang busana haute couture berserta tatarias wajah khas buat majlis pernikahan mereka yang terpilih.

fiqqii

Menurut Fiqqi Abdullah, niat mereka melancarkan #projekkahwinfrontliners sebagai tanda terima kasih mereka atas usaha para frontliners Malaysia yang begitu efisyen dalam menggembleng tenaga untuk membendung wabak ini sehingga memberikan impak positif dalam masa yang singkat berbanding dengan negara lain.

https://www.instagram.com/p/CBS0P36Hy2h/

Dalam pada itu, pemilik jenama Seth & Luna, Irie Mohammad dan Jimiey Whang turut mewara-warakan dan menyeru para pereka fesyen dan jurusolek dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia untuk menyertai projek ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

122348

Memandangkan mereka khusus untuk KL &  Selangor sahaja.

Justeru, bagi para pekerja barisan hadapan yang bertugas sewaktu pandemik yang bakal melangsungkan perkahwinan boleh ikuti cara-cara yang dinyatakan di laman Instagram rasmi mereka jika ada yang berminat.

5 pasangan yang kedua-duanya atau salah seorang yang memegang status frontliner bertuah akan dipilih secara rawak.

 

Baca : “Memang vogue frontliners kalau macam ni” – Gaun PPE Dari Jovian Mandagie Cantik Sangat Sampai Boleh Buat Baju Raya!

PPE

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.