in

“Jumpa dalam almari baju”- Macam Telur Dinosaur, Wanita Ini Terjumpa Objek Misteri Dalam Rumah Lepas Berpindah

F3 Telur Misteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara perkara yang wajib kita lakukan lepas berpindah masuk ke rumah baru ialah bersihkan keseluruhan rumah dan susun semula semua barang yang kita bawa bersama dari rumah lama.


Namun, kehidupan sekeluarga yang baru berpindah ke sebuah rumah ini pula bertukar menjadi agak seram apabila si ibu yang dikenali sebagai Amy menemui objek asing di dalam bilik pakaian anaknya.

Telur Dinos 1

Menurut Mirror, rakan wanita itu kemudiannya memuat naik gambar objek itu di laman Facebook Family Lowdown Tips & Ideas untuk bertanyakan pendapat orang lain tentang kewujudan objek tersebut.

Sebelum itu, wanita itu telah berkongsi dengan rakannya tentang penemuan bendasing itu sebab dia tak tahu apa benda sebenarnya objek tu. Mereka sekeluarga juga pada mulanya tak tahu menahu tentang objek seakan telur dinosaur sebab mereka baru je berpindah ke rumah itu, lapor Daily Star.

Namun, rata-rata netizen berspekulasi bahawa objek yang seakan telur itu sebenarnya sarang labah-labah dan ada juga netizen lain yang mempunyai saudara dalam bidang pest control berpendapat ‘telur’ itu berkemungkinan menjadi sarang telur labah-labah.

Selain itu, ada juga menasihati keluarga itu agar tidak menyentuh objek itu dan menyarankan mereka untuk menggunakan khidmat pakar untuk membuang ‘telur misteri’ itu.

Namun, setelah diperiksa oleh bapa mertua Amy, objek yang berbentuk seakan telur itu sebenarnya tak berbahaya sebab ianya ia hanyalah tompokan buih yang datang dari bumbung rumah.

Namun, kalau korang jumpa objek pelik macam ni kat rumah, disarankan untuk hubungi bomba secepat mungkin sebab takut bahaya pula yang menanti. 

Sumber: Mirror, Daily Star 

Baca: Wanita Telefon Polis Lepas Dakwa Terjumpa ‘Jari Kaki Manusia’ Tertanam, Rupa-rupanya Kentang

Ube 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.