in

Wanita Telefon Polis Lepas Dakwa Terjumpa ‘Jari Kaki Manusia’ Tertanam, Rupa-rupanya Kentang

Ft Potato Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja yang tak ‘cuak’ apabila sedang ‘syok’ bersiar-siar di tepi jalan, tiba-tiba terjumpa pula dengan anggota tubuh badan manusia ‘tersembol’ keluar dari tanah.


Sudah pasti perkara pertama yang akan terlintas dalam fikiran korang adalah untuk menghubungi pihak berkuasa takut-takut ianya ada kena mengena dengan jenayah pembunuhan bukan?

Sama juga seperti wanita dari London ini yang terjumpa objek seakan-akan jari kaki manusia ‘tersembol’ keluar dari tanah ketika dia sedang membawa anjing peliharaannya bersiar-siar.

Memetik laporan Mirror, wanita yang dikenali sebagai Katie Wilkinson, 26, itu memilih untuk membawa anjingnya keluar berjalan di kawasan yang lain pada hari tersebut. Ketika sampai di sebuah laluan yang agak berlumpur, dia terpaksa berjaga-jaga supaya tidak jatuh tergelincir di atas tanah lumpur tersebut. Ketika itulah dia terperasan satu objek yang agak ‘menyerlah’ keluar dari tanah. 

Potato 2

Wanita itu yang pada awalnya menyangkakan objek misteri tersebut sebagai ‘jari kaki manusia’ telah bertindak untuk memerhati dengan lebih dekat dan mengambil beberapa keping gambar untuk ditunjukkan kepada orang lain dan menyakinkan mereka dengan apa yang dilihatnya itu.

Semua orang yang telah melihat gambar itu turut bersetuju bahawa objek misteri tersebut berupa jari kaki. ‘Cuak’ dengan kejadian itu, Katie bertindak untuk menghubungi pihak polis untuk memaklumkan penemuan itu. 

Potato 1

Pihak polis kemudiannya menjalankan siasatan dan menggali tanah berlumpur dimana ‘jari kaki’ tersebut pertama kali ditemui. Namun, usaha mereka gagal walaupun berjam-jam mencari.

Apa yang melucukan, sehinggalah 2 ekor anjing pengesan polis dibawa untuk menghidu kawasan kejadian, barulah mereka sedar bahawa objek ‘misteri’ itu sebenarnya bukanlah jari kaki manusia, tetapi hanyalah kentang. 

Potato 3

Saya betul-betul minta maaf, saya sangat menyesal kerana membuang masa mereka. Saya berasa sangat teruk. Namun, mereka menyakinkan saya bahawa saya telah membuat perkara yang betul. 

Ujar pihak polis,

Kami berpuas hati bahawa laporan itu dibuat dengan baik yang akan selalu mendorong orang yang melihat sesuatu yang mencurigakan untuk melaporkannya.

Baca: “Aku nak balik ke alam aku”– [Video] Lelaki Tanam Diri Sendiri Selepas Dakwa Dengar ‘Bisikan’

Baca Tanah 1

Sumber: Mirror
Sumber: Mirror
Sumber: Mirror

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.