Pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menghantar beberapa pasukan khas untuk ‘turun padang’ bagi mengambil ambil kes Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.
Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) dalam satu kenyataan berkata, penghantaran pasukan task force ke Sabah itu terdiri daripada 9 anggota dan pegawai, ia adalah satu komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk pastikan agar siasatan dapat dilaksanakan secara telus dan menyeluruh.
Artikel berkaitan : “Hukum gapo aurat si m*ti dilihat doktor lelaki” – Netizen Pertikai Sesi Bedah Siasat Adik Zara
Artikel berkaitan : Laporan Forensik Zara Qairina Mungkin Siap Paling Lambat 2 Bulan, Ini Mungkin Sebabnya
“PDRM memandang serius setiap kes yang melibatkan kehilangan nyawa. Sehubungan itu, PDRM menyeru agar semua pihak memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan profesional, serta mengelakkan daripada membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.”
Untuk rekod, Zara Qairina ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama pada 16 Julai lalu, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital.
Berikutan itu, kematian murid berusia 13 tahun itu telah meraih perhatian rakyat Malaysia kerana timbul dakwaan isu buli yang membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.
Sumber : Sinar Harian