in

Johnny Depp Kongsi Video Panas, Amber Heard Pernah Curang Dengan Elon Musk & James Franco?

Cover 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, isu di antara pelakon Johnny Depp dan bekas isterinya, Amber Heard masih dalam kemelut dan tidak menemui jalan penyelesaian sehingga ke hari ini.


Difahamkan, isu di antara Johnny Depp dan Amber Heard ini masih di dalam perbicaraan selepas Amber Heard memfailkan saman $100 juta dolar ke atas Johnny Depp.

Johnny Depp dedah video panas

Dalam perbicaraan mahkamah baru-baru ini, pihak Johnny Depp mendedahkan satu video panas sebagai bahan bukti bahawa Amber Heard pernah curang bersama dua individu ternama.

Dua nama yang disebut ialah pemilik Tesla, Elon Musk dan pelakon James Franco.

Xx

Amber Heard ada skandal dengan Elon Musk dan James Franco?

Johnny Depp mendakwa Amber Heard pernah berlaku curang dengannya. Untuk mengukuhkan tuduhan tersebut, pihaknya mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari lif sebuah kondominium di Los Angeles.

Dalam satu rakaman, Amber Heard dilihat masuk ke dalam lif bersama James Franco. Turut kelihatan kedua-dua mereka masuk dengan membelakangkan CCTV dan berpelukan di dalam lif.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku satu hari selepas Amber Heard bergaduh bersama Johnny Depp. Untuk rekod, video rakaman tersebut bertarikh 22 May 2016.

Franco1

Elon Musk jadi orang ketiga?

Siapa sangka, nama Elon Musk turut terpalit dalam kontroversi ini. Dalam satu rakaman CCTV, kelihatan Amber Heard memeluk pemilik Tesla, Elon Musk di kondominium yang sama di Los Angeles.

Rakaman ini menimbulkan persoalan ramai, apakah kaitan Elon Musk bersama Amber Heard dan bagaimanakah mereka bertemu memandangkan kerjaya mereka tidak sama?

Elon Musk 1

Menurut satu laporan oleh sumber, semuanya bermula pada tahun 2013 apabila Elon Musk meminta seorang pengarah tersohor, Robert Rodriguez untuk menemukannya dengan Amber Heard.

Difahamkan, mereka berdua tidak begitu mengenali antara satu sama lain dan hanya berkenalan atas dasar kawan.

Musk1

Namun, pihak Johnny Depp mendedahkan Amber Heard pernah ada hubungan skandal bersama Elon Musk, sebulan selepas pelakon wanita ini berkahwin dengan Johnny Depp pada Februari 2015.

Rumit betul kes dorang ni…

Sumber: The West News, Marca 

BACATolak Amber Heard! Satu Juta Sokong Petisyen Gugurkan Amber Heard Daripada Aquaman 2

Capture 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.