in

“Jimat masa & tenaga” – Ini 10 Life Hacks Yang Berguna Untuk Korang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penat betul jadi orang dewasa ni kan sebab banyak benda nak kena buat dalam satu-satu masa.


Namun, jangan risau, kali ini kami nak kongsikan dengan anda 10 life hacks berguna yang akan memudahkan hidup semua orang. Jom kita tengok satu-persatu.

#1 Leceh nak cuci blender? 

Masakan Melayu dan blender berpisah tiada sebab kita guna banyak bawang dan cili. Kalau nak guna lesung batu, kena guna banyak tenaga. Walaupun guna pengisar ni lagi cepat, kadang-kadang leceh la jugak bila nak basuh terutamanya dekat celah-celah bilah tu kan.

@feelgoodfoodie

How to clean your blender without ever touching the blades! #learnontiktok #tiktokpartner #kitchentips

♬ original sound – Feel Good Foodie

Ha, guna je cara ni. Menurut Mental Floss, masukkan air panas hingga separuh pengisar dan masukkan sabun pencuci pinggan. Lepas tu, tekan suis blender macam biasa. Jangan lupa bilas alat ni lepas semua kekotoran tadi dah hilang.

#2 Guna lemon untuk bersihkan ketuhar

Ketuhar juga merupakan antara peralatan memasak yang sukar untuk dibersihkan. Untuk mengatasi masalah ni, perah air lemon ke dalam separuh cawan air dan masukkan juga kepingan lemon tadi.

Kemudian, letakkan cawan atau bekas yang berisi campuran air lemon tadi ke dalam microwave selama tiga minit supaya air tersebut mendidih.

Setelah lebih kurang lima minit, wap air tadi akan memenuhi microwave. Kemudian, ambil kain atau tisu dapur untuk bersihkan dalamannya. Kotoran akan lebih mudah untuk ditanggalkan kalau guna cara ni. Sebagai alternatif, boleh juga guna cecair pencuci pinggan biasa macam yang dikongsikan oleh @mama_mila di Tiktok ni.

@mama_mila_

No more scrubbing 🙌 #tipsandtricks #homeproject #homeroutine #homehacks #springcleaning #momsoftiktok #cleanhome #wipeitdown

♬ High Fashion (feat. Mustard) – Roddy Ricch

#3 Gunakan kunci kereta dengan sebaiknya

Ada tak antara korang yang sering terlupa nak bawa balik barang yang korang bawa ketika bertandang ke rumah rakan atau saudara? Ha, jangan panik, menurut Buzzfeed, letakkan barang penting tadi pada kunci kereta. Contohnya, kalau kita hanya bawa dompet je & tak bawa beg, gantungkan kunci kereta tadi pada wallet.

Cara ni memang menjadi sebab kalau kita memandu kereta untuk ke rumah individu tadi, mesti lah kita akan cari kunci kereta untuk balik ke rumah kan.

#4 Ikat kain atau skaf berwarna terang pada bagasi ketika bercuti 

Kita memang nak bercuti dengan tenang tanpa gangguan. Namun, lebih baik sediakan payung sebelum hujan sebab mungkin bagasi kita akan hilang ketika di airport.

So, untuk mengelakkan masalah ni, ikat skaf atau kain yang berwarna terang pada luggage korang supaya time nak claim baggage tu, dari jauh dah nampak yang mana satu beg kita.

Mungkin sesetengah orang dah letak luggage tag pada beg tapi secara umumnya, saiz tag tadi amatlah kecil. Untuk keselamatan, lebih baik kalau kita letak dua-duanya sekali iaitu luggage tag dan skaf pada beg. 

#5 Nak buat kek tapi lupa nak cairkan mentega? 

Buat kek pula perlukan masa yang agak lama tapi biasa lah manusia, kadang-kadang terlupa nak keluarkan mentega dari peti ais. Jangan risau kalau terjadi macam ni sebab menurut laman web Taste of Home, cara yang paling cepat untuk cairkan butter adalah potong mentega tadi kepada ketulan-ketulan kecil.

Ketulan kecil mentega akan lebih cepat cair.

#6 Guna air panas untuk dapatkan potongan kek macam kat kedai

Rasanya dah ramai yang tahu tips ni. Tapi, just in case ada antara korang yang masih belum tahu, cuba je cara mudah ni untuk dapatkan potongan kek yang cantik dan flawless.

Celup pisau potong kek dalam air panas. Kemudian, lap pisau tadi dengan kain bersih sebelum potong kek. Hasilnya, kepingan kek korang akan cantik dan tak bersepah.

#7 Guna bekas gulungan tisu untuk simpan wayar dan kabel pengecas 

Tips ni memang jimat duit sebab boleh recycle je guna objek yang sedia ada di rumah. Letakkan bekas gulungan tisu dalam kotak dan masukkan kabel atau wayar charger ke dalam gulungan tadi. Lepas ni, dah tak ada lah masalah wayar berselirat! 

#8 Guna Micellar water untuk cuci kasut 

Cara ini juga boleh menjimatkan masa dan tenaga sebab kita boleh je guna cecair pencuci mekap ni untuk bersihkan kekotoran pada kasut. Tak payah nak sental-sental dengan sabun dah lepas ni.

#9 Guna sabun cuci pinggan atau susu untuk hilangkan rasa pijar pada jari 

Masalah jari pijar ni sering melanda mereka yang mempunyai kulit sensitif. Pantang pegang cili sikit, terus tangan rasa panas.

Disebabkan tangan yang pijar ni akan menyebabkan kita rasa tak selesa, jadi, cuba basuh tangan dengan susu. Cara ini agak efektif sebab kita juga akan minum susu untuk hilangkan pedas dalam mulut.

Selain itu, menurut Beritamediacorp, boleh juga basuh tangan dengan sabun pencuci pinggan atau lumur je garam atau gula pada tangan. Ada juga petua orang-orang dulu yang kata sapu minyak masak pun boleh hilangkan pijar tangan.

#10 Hilangkan kutu beras guna cili kering dan bawang putih 

Geram je kan bila tengok kutu beras membiak dalam beras atau tepung. Nak buang beras tu macam membazir pulak. Jadi, letakkan cili kering atau beberapa ulas bawang putih ke dalam bekas beras. Kalau nak lagi berkesan, lepas tu, jemur beras tadi di bawah sinaran matahari.

Kalau taknak guna cili atau bawang, boleh juga guna kulit kayu manis atau asam keping sebagai alternatif.

Kalau nak tahu sama ada life hacks ni menjadi ataupun tak, kena lah try sendiri kat rumah. 

Sumber: Taste of Home, Buzzfeed, Berita.mediacorp, Rasa.my, Mentalfloss.com, Sirap Limau, Instructables.com

Baca: “Org kita pakai getah je” – Lelaki Ini Ajar Cara Lipat Kotak Bijirin Sarapan Untuk Elak Masuk Angin

Sumber: Buzzfeed
Sumber: Sheknows.com
Sumber: Sirap Limau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.