Ramai yang guna Air Fryer sekarang ni sebab cepat dan mudah. Kalau goreng guna minyak biasa, kena tunggu depan dapur sebab takut hangit. Selain itu, bukan setakat ayam, buat burnt cheese cake pun boleh guna alat ni je.
Namun, walaupun mudah, ada beberapa kesalahan yang ramai buat ketika menggunakan alat ini. Jadi, untuk menyedapkan lagi masakan korang, jom tengok satu-persatu kesalahan yang selalu orang buat.
#1 Tak basuh ‘Air Fryer’ selepas digunakan
Mungkin ramai yang fikir tak perlu basuh alat ni sebab kita bukan guna minyak pun. Namun, salah sebenarnya tanggapan ni. Menurut Insider, kalau tak dicuci terutamanya kalau kerap digunakan, sisa-sia masakan tu akan melekat dan ia akan mengeluarkan asap.
Jadi, asap sisa makanan tadi akan melekat pada bahan masakan yang baru. Sebab tu lah kadang-kadang flavour asli makanan tu hilang.
#2 Lupa nak ‘preheat’ ‘Air Fryer’
Menurut Reader’s Digest, Air Fryer ni macam ketuhar juga. Jadi, kita kena panaskan dulu alat ni sebelum memasukkan makanan yang ingin dimasak. Boleh panaskannya selama 5 hingga 10 minit dulu.
#3 Memasukkan terlalu banyak bahan masakan dalam satu-satu masa
Rasanya tips ini yang paling penting jika korang kerap guna Air Fryer. Jika korang penuhkan bakul Air Fryer tu dengan makanan seperti kentang atau nugget, permukaan makanan yang terdedah dengan haba akan berkurang. Jadi, besar kemungkinan makanan korang tak dimasak dengan sempurna.
#4 Tidak menggunakan suhu yang betul
Kadang-kadang, mungkin suhu yang korang pilih tu tak sesuai untuk bahan yang ingin dimasak. Namun, jangan risau sebab pengguna Twitter, @neorcent ada kongsikan penggunaan suhu Air Fryer yang betul.
Letak kt sini temperature dgn suhu bila masak guna air fryer senang pasni nk rujuk pic.twitter.com/ICJxDQPSvj
— 🕊 (@savorpsi) January 17, 2021
#5 Tidak menggunakan sebarang minyak atau terlalu banyak minyak
Rasanya ramai yang sedia maklum guna Air Fryer tak perlukan minyak. Namun, kalau still nak guna minyak jugak, letakkan minyak masak dalam kuantiti yang memadai sahaja. Boleh cuba sapu sedikit minyak pada ayam atau daging. Dengar kata, makanan akan jadi lebih crunchy.
#6 Letak alat ni di tempat sesak dengan barang
Difahamkan, Air Fryer menggunakan convection system jadi ia memerlukan ruang dan pengaliran udara yang baik untuk berfungsi. So, pengguna alat ini perlu memastikan ada ruang sekurang-kurangnya 12.5 sentimeter di setiap sisi luar Air Fryer.
https://www.instagram.com/p/BlzR7zzB5UQ/?igshid=18d06m53ef3pm
Admin cadangkan korang sediakan tempat khusus untuk alat ni di dapur.
#7 Tak terbalikkan makanan ketika sedang dimasak
Konsep ni sama macam kita goreng ayam macam biasa. Kalau nak ayam atau daging tu dimasak sempurna, digalakkan untuk rotate bahagian daging supaya semua bahagian makanan akan terdedah kepada haba.
Selain itu, ada juga yang kata korang perlu letakkan aluminium foil terutamanya jika ingin membuat ayam bakar. Baru lah ayam tu juicy.
Selamat mencuba! Nanti share di ruangan komen kalau korang cuba tips ni.
Sumber: Reader’s Digest, Insider, The Kitchn, Times of India
Baca: Goreng Pakai Air Fryer Ada Potensi Kena Kanser? Ikuti Penjelasan Ini