in

Raih 3.4 Juta Tontonan di TikTok, Chef Ini Kongsi Cara Mudah Potong Bawang Macam Pro

Feature 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu-ibu pada zaman sekarang ni kebanyakannya semua bekerjaya jadi kadang-kadang tu, bila balik dari pejabat, tak sempat nak masak. So, kali ini admin nak kongsikan sedikit tips jimat masa di dapur untuk korang yang sibuk tapi masih nak masak sendiri di rumah.


Tips potong bawang dengan mudah ini sebenarnya telah dikongsikan oleh seorang chef, Poppy O’toole menerusi TikTok, poppycooks baru-baru ini.

@poppycooks

Reply to @kelliepooler THIS WILL CHANGE YOUR LIFE! How to cut your onions like a pro ?? #onions #knifeskills #masterclass #howto

♬ Put Your Head on My Shoulder – Paul Albert Anka

Video ini telah menjadi tular sebab ramai yang kagum dengan cara potong bawang macam pro ni. Baru lah feeling nak masak tu macam Masterchef kan. 

Dalam video terbabit, Chef Poppy telah menunjukkan cara-cara untuk memotong bawang dengan cepat dan mudah. Jadi, mula-mula, korang perlu potong pada bahagian atas bawang tersebut. Lepas tu, jangan lupa kupas kulit bawang tu sekali. 

Tips 1

Kemudian, potong bawang secara mendatar. Katanya, step ini penting supaya potongan bawang kita tu akan kekal lurus. Takde lah bawang tu senget-senget kan. 

Chef Poppy juga mengatakan jangan potong bahagian akar bawang terlebih dahulu. Jadi, make sure akar tu masih ada ketika kita potong bawang. 

Tips 3

Seterusnya, potong bawang tersebut secara menegak sebanyak enam kali. Ingat, jangan potong bahagian akar tu selagi bawang ni belum siap dipotong.

Tips 2

Untuk pengetahuan korang, Chef Poppy ini telah mendapat latihan di sebuah restoran Michelin-Star di Birmingham, England iaitu Purnell’s Restaurant. Setakat ini, video ini telah ditonton sebanyak 3.4 juta kali di TikTok dan telah mendapat lebih 2 ribu komen daripada netizen.

Teknik memotong bawang ini merupakan teknik pertama yang anda akan pelajari jika mahu menjadi chef,” katanya.

Namun, ada juga netizen yang mengatakan pisau yang digunakan juga perlu tajam. Katanya, kalau pisau korang tumpul, memang teknik ni tak akan menjadi.

Photo6145575988843621084

Menurut Mirror UK, teknik memotong bawang tersebut hanya mengambil masa kurang daripada 20 saat sahaja. So, memang jimat masa untuk korang yang sibuk bekerja ni. 

Selamat mencuba!

Baca: Mahu Simpan Lebihan Lauk Berbuka Untuk Sahur Tapi Takut Basi? Ini Tips Buat Anda

Tips

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.