in

Guna Cara ‘Simple’ Ini Untuk Keluarkan Sos Yang Tinggal Sikit Dalam Botol, Hanya Perlukan Plastik Je!

F 3 Botol Sos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak anda mengalami dilema sama ada masih nak guna atau pun nak buang je sos tomato atau sos cili yang tinggal hanya sedikit sahaja dalam botol? Masalah ini berlaku sebab bila sos tu berada di dasar botol dan agak susah untuk kita keluarkannya.



Kalau nak buang macam tu je, rasa macam membazir pula. Jangan risau, kali ini ada seorang pemuda yang kreatif telah kongsikan dengan orang ramai tentang cara untuk mengatasi masalah dan dilema mak-mak kita yang sayang nak buang sos yang masih tersisa.

@kimuuseken

sebwah lifehack jam 3 pagi

♬ original sound – Its Kimuu💤 – Its Kimuu💤

Menurut Suara.com, video tips and tricks itu telah dikongsikan pengguna TikTok yang dikenali sebagai kimuuseken beberapa hari lalu. Dia menunjukkan cara yang senang untuk mengeluarkan sisa sos di dasar botol dengan hanya menggunakan plastik.

Kaedahnya pun sangat mudah, masukkan botol sos tadi ke dalam plastik dalam keadaan terbalik dan ikat plastik tersebut supaya botol tu tak melayang keluar. Kemudian, pusingkan plastik selama beberapa kali dan tadaaa, sos yang ada di dasar botol akan berpindah tempat di permukaan atas botol iaitu di bahagian penutupnya.

Botol Sos 2

Disebabkan trik lelaki ni senang, video perkongsiannya telah meraih perhatian warganet dan sehingga kini, video itu telah ditonton sebanyak 2.6 juta kali dan mendapat hampir 8 ribu komen daripada netizen.

Botol Sos 4

Dalam lebih kurang 8 ribu komen yang ditinggalkan oleh netizen, rata-rata mereka berterima kasih kepada pemuda dari Indonesia ini sebab sebelum ini, ramai yang terpaksa menterbalikkan botol sos tersebut dan tinggalkannya selama beberapa jam supaya sos tu akan jatuh ke bahagian penutup botol. Jadi, cara lama ni macam membazir masa.

Photo 2021 07 25 15 51 17

Ada juga yang terpaksa guna tenaga mereka untuk goncangkan botol sos tu, jadi sebelum tahu tips ini, memang agak penat sikit. Namun, min nak ingatkan jugak, kalau botol sos korang tu botol yang diperbuat daripada kaca, jangan lupa untuk berhati-hati tau sebab takut botol tu jatuh atau terpelanting dan pecah. Bahaya nanti.

So, dengan cara baru ni, korang dah tak payah buang masa dah lepas ni. Untuk korang yang baru je tahu tentang tips ini, semoga apa yang dikongsikan oleh pemuda ini bermanfaat dan selamat mencuba! 

Sumber: Suara.com, TikTok @kimuuseken

Baca: “Jimat masa & tenaga”- Ini 10 Life Hacks Yang Berguna Untuk Korang

Botol Sos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.