in

“Jenayah grooming, minta gambar & video lucah dijangka jadi trend pada masa akan datang” – Bukit Aman

Jenayah Seksual Kanak Kanak Grooming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang semua benda boleh dapat hanya dengan klik sahaja. Lebih-lebih lagi dengan kepesatan teknologi seperti akses internet dan evolusi telefon pintar memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat dimana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.



Persoalannya, adakah dengan kepesatan teknologi ini membawa kepada kebaikan ataupun keburukan kepada masyarakat setempat?

Terbaru, Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak menyatakan dengan meningkatnya akses telefon pintar dan internet di negara ini dikhuatiri akan menyebabkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang tidak melibatkan sentuhan fizikal seperti penyebaran gambar dan video lucah akan menjadi semakin serius pada masa hadapan, lapor Bernama.

Baru

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak Kanak ACP Siti Kamsiah Hassan, pihaknya sering menerima laporan tentang penyebaran gambar dan video lucah yang melibatkan mangsa kanak-kanak.

Tambah beliau, antara sebab utama jenayah seksual sebegini senang untuk dilakukan adalah kerana kecanggihan teknologi zaman kini dan gaya hidup serta internet yang menjadikan jenayah ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Antara jenayah seksual tanpa sentuhan adalah grooming, meminta gambar lucah melalui whatsapp, berkongsi video lucah di telegram. Jenayah ini amat mudah untuk dilakukan dan dikhuatiri akan menjadi sebuah trend.

“Jenayah sharing, grooming, minta gambar dan video bogel dan lucah ini saya jangka akan menjadi trend pada masa akan datang,”

Tambah beliau lagi, pada tahun 2020, pihaknya menerima sebanyak 24 laporan melibatkan jenayah itu yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Manakala pada tahun 2021, jumlah laporan telah meningkat kepada 35 dan sebanyak 11 laporan telah diterima oleh pihak PDRM dalam tempoh Januari hingga April tahun ini.

ACP Siti Kamsiah juga menyarankan kepada ibu bapa untuk memperbanyakkan ilmu tentang keselamatan anak selain memberitahu anak mereka tentang batas-batas pergaulan.

288319672 336168552031491 1517336597238483973 N

Menurutnya, pada tahun 2020 daripada 4,274 mangsa jenayah seksual yang dilaporkan 2,567 daripadanya adalah mangsa kanak-kanak.

“Pada tahun lepas, terdapat sebanyak 4,031 mangsa jenayah seksual dan 2,234 daripadanya ialah kanak-kanak dan bagi empat bulan pertama tahun ini direkodkan sebanyak 1,201 mangsa dengan 677 orang terdiri daripada kanak-kanak.”

“Angka hampir mencecah 60 peratus itu merupakan sesuatu yang patut diambil serius kerana kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual mengalami pelbagai kesan dari sudut kesihatan mental dan psikologi.”

ACP Siti Kamsiah Hassan juga berkata bahawa kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual ini kemungkinan besar akan mengalami masalah psikologi seperti kebimbangan, dan setiasa berada dalam keadaan takut dan ganas.

Perkara seperti ini harus dielakkan dalam masyarakat kita. Ibu bapa boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengajar anak-anak mereka tentang adab bergaul, batas pergaulan, dan juga tentang hal peribadi.

Baca : “Ni child grooming” – Dilamar Ustaz Ketika Berusia 14 Tahun, TikTok Gadis Terima Kecaman Netizen

Ustaz Lamar Umur 14 Tahun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.