in

Jemaah Menteri Yang Terlibat Dengan Rasuah Akan Dipecat Serta Merta – Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim Benci Rasuah Pecat Menteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah banyak kita lihat di dada akhbar mengenai isu rasuah yang melibatkan ahli politik sehingga kes mereka ini dibawa ke mahkamah dan sekaligus perkara ini mendatangkan tanggapan buruk dari rakyat terhadap pemimpin negara.

Tidak mahu perkara ini terus berlanjutan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau menekankan tata kelola yang baik dalam kerajaan dan takkan bertolak ansur sama sekali dengan rasuah.


Menurut Astro AWANI, peringatan ini disampaikan kepada semua Jemaah Menterinya dan jika wujud rasuah dalam pentadbiran, beliau akan memecat individu terlibat dengan serta-merta.

Fjstq4Mayaa8Tnt

“Saya kata ‘no corruption‘. Saya bercakap dengan Ketua Parti komponen… kalau ada (rasuah) semasa pentadbiran saya, saya minta mereka dipecat serta-merta. Saya tak tolak ansur.

“Ini bukan kenyataan politik, ini keyakinan saya. Saya dihumban ke penjara, dipukul setengah mati, dah lama terseksa… bukan untuk mendabik dada, menang dan menjadi Perdana Menteri.

“Tapi ini semua ujian Allah. Saya selalu sebut, kita hanya terima ujian kecil tapi untuk mengajar kita, mendewasakan kita. Ya, ujiannya kecil tapi ada pengajarannya.

“Apa pengajarannya? Kita tahu apa erti susah. Kita tahu apa erti sakit dipukul badan kita padahal kita tak bersalah. Kita tahu bagaimana kegiatan pasukan keselamatan, pendakwaan dan hakim sekiranya tidak patuh pada keluhuran Perlembagaan,” katanya.

Politik bukan kesempatan bina kekayaan 

Kata Anwar lagi, beliau juga berpandangan politik ini bukan kesempatan untuk bina kekayaan, menunjukkan kehebatan dan keangkuhan serta mengkayakan sanak saudara.

Disebabkan sistem yang diamalkan sebelum ini juga menyebabkan rakyat berasa sinis dan mempertikai akhlak serta kewibawaan seorang pemimpin.

Fjstq4Kakaaa0Ku

Begitu juga kebebasan profesionalisme badan-badan penguatkuasaan, saya sudah bertemu dengan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka memberi gesaan yang sama.

“Saya mahu buktikan ada orang Melayu, anak Melayu yang menggunakan kuasanya untuk menjaga dan membela nasib rakyat di negara ini.

“Saya mahu buktikan bahawa orang yang percaya kepada Islam itu akan dihormati dan diyakini kerana prinsip rahmah dan keadilan yang ditegakkannya,” katanya lagi.

Beliau juga pada masa yang sama tak memberi jaminan kepada sesiapa yang terlepas daripada hukuman sekiranya ia telah diputuskan oleh hakim yang bebas dan adil.

Sama-sama kita doakan semoga pemimpin kita jauh daripada amalan rasuah ini. 

Baca: DS Anwar Terima Gaji RM1 Sahaja Ketika Jadi Penasihat Ekonomi Selangor, Bukan RM15 Juta

Anwar Ibrahim

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.