in

Jemaah Diharam Lawat Jabal Nur, Ladang Kurma dan Banyak Tempat Lagi Kerana Kegiatan Khurafat

haramsss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang dapat panggilan haji atau rancang nak buat umrah, mesti hati rasa tak sabar-sabar nak beribadat dan dalam masa yang sama melawat tempat-tempat bersejarah kat Tanah Suci. Tapi nampaknya, first timer yang nak ke Mekah kali ni mesti agak kecewa sikit sebab Arab Saudi dah letakkan satu rules baru.

Menerusi perkongsian Facebook Shauqi Hassan, sebuah pekeliling larangan dah dikeluarkan secara rasmi oleh Kementerian Haji Saudi yang larang jemaah ziarah beberapa tempat seperti berikut:


  • Ladang Kurma, Madinah 
  • Bani Saad, Masjid Kuu’ dan Masjid Ibn Abbas, Taif 
  • Jabal Tsur dan Jabal Nur 
  • Gua Hirak, Mekah 
30742441 2037701993165066 4646382662620020736 n
Sumber: Facebook

Pengharaman ni dah timbulkan sedikit kekecohan kat pengendali umrah dan pembimbing jemaah ke Tanah Suci, tambah-tambah lagi Mussasah terpaksa pulak bayar denda kalau ada perkara yang tak diingini berlaku kat tempat-tempat yang dinyatakan kat atas.

Kena kompaun kalau gagal tunjuk permit

Walaupun ada beberapa lokasi yang masih dibenarkan pergi, jemaah yang ingin menziarah kenalah buat tasrih (permit) bagi setiap tempat lawatan. Dan jikalau muassasah atau jemaah gagal tunjuk tasrih, kompaun akan dikenakan dan akan ditanggung pihak muassasah serta agensi yang terlibat sebanyak SR5000 (RM5189). Total lebih kurang SR10000 (RM10,379)! Adoi mak banyak tu! 

30711071 2119445888292885 2699663000263983104 n
Sumber: Facebook
30704032 2119445951626212 5960847761359241216 n
Sumber: Facebook
30705548 2119446078292866 8723665176219353088 n
Sumber: Facebook
30724196 2119445914959549 3270846616445124608 n
Sumber: Facebook
30741417 2119445984959542 9072496175118024704 n
Sumber: Facebook

List bayaran permit dan tempat lawatan:

  • Kilang kiswah: SR400 (RM415)
  • Muzium Haramain: SR200 (RM207)
  • Lawatan ke Taif bersama surat lawatan: SR1000 (RM1037)

Buat masa ni menurut Shauqi, bayaran tasrih ini semua akan dimasukkan ke dalam pakej agensi umrah dan haji. Nampaknya, harga pakej ke Tanah Suci akan meningkat lagi lah kan?

Haramkan lawatan sebab kegiatan khurafat

Apa-apapun yang jadi persoalan sekarang kenapa tasrih dan pengharaman ni tiba-tiba diadakan pulak? Lebih mengejutkan, Jabal Nur yang menjadi tempat favourite jemaah jugak dilarang daripada didaki.

Berikut sebab larangan dikuatkuasa:

  • Banyak berlaku kejadian bidaah dan khurafat
  • Ada jemaah jatuh ketika daki bukit 

Jikalau ingkar arahan ni dan jemaah ditangkap, muassasah dan travel agency yang terlibat akan dikenakan hukuman. Tapi larangan ni bukan bermakna jemaah langsung tak boleh tengok Jabal Nur. Jemaah hanya boleh tengok dari tingkap bas saja dan tak boleh panjat. Aduhai…

Netizen kecewa tak dapat lawat tempat bersejarah para nabi

Apa-apapun perkongsian daripada Shauqi ni telah menimbulkan sedikit rasa tak puas hati netizen yang merasa terkilan tak dapat melawat tempat bersejarah yang mengingatkan orang Islam akan sirah Rasulullah SAW. Lebih-lebih lagi kalau jemaah ni baru first time jejak kaki kat Tanah Suci.

SEDIH
Sumber: Facebook

Walau macam manapun, ramai jugak dalam kalangan netizen yang berfikiran positif akan larangan yang diletakkan pihak Arab Saudi. Kadang-kadang jemaah ke sana bukan nak hayati sirah nabi pun, tapi hanya nak berselfie saja dan amal benda khurafat. Emmm betul ke macam tu?

sokong 1

sokong 2

sokong 3
Sumber: Facebook

Macam mana, lebih baik kita tunggu saja penjelasan rasmi melalui Tabung Haji berkaitan hal ni. Sudah pastinya pihak Arab Saudi ada sebab keluarkan larangan ni kan? Sama-sama kita nantikan.

Korang setuju tak dengan larangan tak boleh melawat Jabal Nur dan beberapa tempat lain kat Mekah dan Madinah? Kongsikan bersama kami di ruang komen! 

Baca: Jemaah Haji Kantoi Bawa Lapan Bagasi Seberat 30KG Setiap Satu Dipenuhi Dengan Rokok dan Jamu 

jamu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.