Bila kita perhatikan pekerjaan seseorang itu, kita akan rasa kagum sebab nampak macam seronok, namun ada satu sudut lain yang mungkin orang lain tak nampak dimana cabaran yang perlu ditempuhi itu agak sukar dan mungkin jauh lebih teruk daripada kita bayangkan.
Misalnya macam seorang jururawat dari Sabah ini, video yang telah meraih lebih daripada 700K dalam masa 15 jam tersebut memperlihatkan nurse yang berpakaian lengkap serba putih struggling untuk menaiki sampan.
Artikel Berkaitan : “Kenapa Fujiyama, Himalaya?” – ‘Influencer’ Kongsi Maksud Sebenar Lagu ‘Nurse’ Viral Di TikTok
Artikel Berkaitan : [VIDEO] Oyen Datang Hospital Minta Bantuan, Netizen Puji ‘Nurse’ Sanggup Rawat Tangan Si Bulus
Bagaimanapun, ketika dia menaiki sampan tersebut, seluarnya terkena lopak, difahamkan nurse ini mahu melawat rumah ibu bersalin dan terpaksa meredah sungai dengan menaiki sampan kayu.
Dalam rakaman tersebut, jelas kelihatan riak wajahnya seperti kerisauan, tapi dia tetap komited dalam menggalas tanggungjawabnya untuk ke rumah pesakit.
@sabah_info Berilah kekuatan kepada para jururawat yang bertugas di pedalaman sabah ?” . . Uniform kotor dan risiko bahaya bukan penghalang mereka menyeberang sungai demi tugas melawat kelahiran ibu dan bayi. Bukalah mata semua pemimpin di atas ? _ ?️ Maslin Mas
Melihat keadaan seluarnya yang terkena lopak, ramai netizen bersimpati dengan nasib nurse ini, Malah, ada yang berharap agar mereka ini diberikan kelonggaran untuk memakai baju biasa jika menghadapi situasi begini selain memuji kesabaran jururawat ini dalam menjalankan tugas.

Kami doakan semoga nurse ni dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati Allah.
Sumber : TikTok
