Baru-baru ini tular di media sosial video seorang lelaki bertindak mengganggu jemaah yang menunaikan ibadah di Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Namun, dalam video tersebut, dapat dilihat juga bahawa ada jemaah masjid itu yang bertindak kasar terhadap individu yang mengganggu ibadah di masjid tersebut.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku ketika waktu Subuh pada 1 Januari 2025.
Susulan kejadian tersebut, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi Facebook rasmi mereka telah memberikan penjelasan berhubung kekecohan di masjid di TTDI itu.
Artikel berkaitan: “Kes dirujuk ke JAWI”- Tular Sekumpulan Individu Berzikir Di Kawasan Perkuburan, Polis Sahkan Terima Laporan
Artikel Berkaitan: “Itu kubur guru tarekat mereka” – Penduduk Dakwa Sudah Lama Kumpulan Individu Amal Zikir Di Kubur
Siasatan pihak JAWI mendapati individu berkenaan kelihatan mempunyai masalah mental.
Pihak JAWI mengucapkan terima kasih kepada PDRM atas tindakan pantas menahan individu tersebut untuk siasatan lanjut,” jelas JAWI.
Dalam masa yang sama, pihak JAWI turut kesal dengan tindakan seorang jemaah yang bertindak kasar kepada individu itu kerana ia bukanlah cara Islam dalam menangani sesuatu masalah.
Selain itu, pihak Masjid-At-Taqwa juga akan meningkatkan keselamatan di kawasan masjid agar kejadian tersebut tidak akan berulang lagi.
Memetik laporan BERNAMA pula, pihak pengurusan masjid itu akan menyantuni keluarga lelaki yang mengganggu jemaah di masjid tersebut pada hari ini.
Setelah mengetahui perkara sebenar, jemaah yang bertindak sedemikian kepada lelaki itu juga difahamkan telah memohon maaf kepada individu itu.
Sumber: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), BERNAMA