in

“Jasad ayah belum ditemui” – Individu Kongsi Kes Pembunuhan Sabari Sama Seperti Kes Ayahnya

Syaz Ft 2024 10 04T124710.457

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan kes pembunuhan pesara Felcra, Sabari Baharom yang sangat tragis.

Seorang individu tampil menceritakan kes Sabari Baharom itu sama seperti apa yang pernah menimpa keluarganya 13 tahun lalu.


Ibrahim Hamzah yang merupakan pengasas Skuad Amal Rembau berkata, bapanya iaitu Allahyarham Hamzah Abdul Majid diculik pada malam 18 Oktober 2011 sebelum kereta jenis Proton Wira Aeroback dijumpai terbakar di Bandar Enstek, Nilai tidak sampai seminggu selepas kehilangannya.

Artikel berkaitan: Suspek Kes B*nuh Sabari Baharom Ketagih Judi, Joli RM16,000 Milik Mangsa Di Batam

Artikel berkaitan: Cam Wajah Suspek Jadi Punca Sabari Baharom Dib*nuh – Ketua Polis Kedah

Dalam laporan Kosmo!, Ibrahim berkata bapanya telah diikat sebelum dibuang ke dalam sungai di Angsamas, Mambau berdasarkan pengakuan suspek kepada pihak berkuasa.

1 2

“Sehingga kini, jasad ayah saya masih belum ditemui. Kami baru sahaja menerima Sijil Anggapan Kematian yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Ramadan lalu.

Kes ini kami telah melaluinya kira-kira 13 tahun lepas, perasaan yang sukar untuk digambarkan. Saya faham perasaan keluarga (Sabari) lebih-lebih lagi apabila jasadnya masih belum dijumpai setakat ini

Saya mengikuti rapat perkembangan kes kehilangan pesara Felcra tersebut. Apabila membaca berita kereta miliknya dibakar, terdetik di hati saya mesti sama macam kes ayah.

Akhirnya terjawab apabila dia (mangsa) juga diikat dan dibuang ke dalam sungai,” katanya.

Apa yang mengejutkan tentang kes bapanya itu, salah seorang daripada empat suspek yang terlibat dalam kes tersebut merupakan suami kepada jirannya.

“Ayah yang merupakan pesara tentera beri nasihat kepada suspek supaya tidak berkasar dengan anak tiri. Nasihat itu membawa ketegangan sebelum suspek menghilangkan diri,” katanya.

Disebabkan jasad bapanya belum ditemui sehingga kini, dia menguruskan jenazah secara sukarela.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.