in

“Janji happy” – [VIDEO] Suri Rumah Bahagia ‘Upload’ Video Walaupun Sering Dihina Rumah Buruk

Suri Rumah Dikecam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang bebas untuk berkarya dan berkongsi kehidupan seharian terutamanya di media sosial. Apa juga konten yang ingin dilakukan bebas untuk dikongsi di pelbagai platform asalkan ia tidak menyentuh sensitiviti atau melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.


Namun, sebagai pengguna media sosial, kita seharusnya bersedia untuk menerima apa juga komen dan kritikan daripada warganet yang menonton konten kerana video tersebut secara tak langsung sudah menjadi milik umum.

Rumah dihina buruk, macam nak roboh

Akan tetapi, sebagai pengguna yang bijak, tidak seharusnya kita meninggalkan komen yang boleh mengguris hati pihak lain. Hal tersebut dialami sendiri oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @yoonachiee apabila konten kehidupan sehariannya sebagai suri rumah menerima kecaman ramai.

@yoonachiee

Reply to @nuranni94 terima kasih atas nasihatnya dek?❤️#surirumahsepenuhmasa #menghiburdirisendiri #rumahkusyurgaku #alhamdulillah❤️ #orangkampung? #gengnustan? #sabahan #kudatcrew_fams #fypシ #fypシ゚viral

♬ original sound – YoonaChiee – YoonaChiee

Ada netizen yang menghina tentang keadaan rumah wanita ini yang katanya bagai nak roboh dan tunggu masa untuk reput. Padahal, wanita tersebut hanya berkongsi kegembiraan menguruskan rumah tangga tanpa menggangu orang lain di media sosial.

Bahagia tunjuk kehidupan, kalis kecaman netizen

6 6

Dia dilihat memuat naik rutin sehariannya dengan membasuh kain, mengemas rumah, menguruskan anak-anak serta membuat kerja rumah yang lain.

Maklum balas kurang enak daripada netizen yang memintanya untuk mencermin diri hanya dibalas dengan ucapan ‘Insya-Allah’ dan ‘terima kasih’ sahaja.

Dia juga menerima sahaja kecaman daripada netizen yang sakit hati melihat video TikToknya kerana menyedari dirinya juga insan biasa yang tak lari dari kesilapan.

Menjengah ke ruangan komen, masih ramai yang memberikan semangat buat suri rumah tersebut dan menyuruhnya untuk kekal menjadi diri sendiri.

4 9

Tengok video sis ni, terus rasa rajin nak buat kerja rumah tau!

Baca: “Gara-gara ‘Update’ Status WhatsApp Palsu Pasal Kes Covid-19, Suri Rumah Didenda RM5,000”

5 11

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.