fbpx
in

“Jangkitan varian Delta lebih ekstrem” – Pakar Minta Segerakan Pemberian Dos Kedua

Vaksin Dua Dos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)baru-baru ini telah mengeluarkan amaran tentang varian Delta yang dikatakan bersifat lebih extrem dan sifatnya yang sering bermutasi ini memberikan ancaman seluruh dunia.


Who Chief

Awalnya dikesan pada akhir 2020 di India, varian Delta ini lebih cepat menular dan mengganas sehingga menyebabkan lonjakan kes jangkitan Covid-19 seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Antara yang terkesan teruk dengan jangkitan daripada varian ini adalah, United Kingdom (UK) dengan jangkitan varian berkenaan sebanyak 82,200 kes, diikuti India, Amerika Syarikat, Jerman, Kanada, Portugal dan Sepanyol.

Selain negara berkenaan, lonjakan kes di Indonesia juga dipercayai disebabkan varian Delta dengan 38,391 kes direkodkan pada 8 Julai dan jumlah kematian melebihi 1000 orang.

Menurut laporan Astro Awani,  Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lonjakan kes di Malaysia turut dibimbangi berpunca daripada varian yang sama.

Fde3556 1625992256

Sehingga 30 Jun, dilaporkan sebanyak 40 jangkitan varian Delta telah dikesan di negara ini.

Menurut Ketua Unit Penyakit Berjangkit Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Rosnida Mohd Noh berkata, penularan jangkita varian Delta ini mampu dikawal sekiranya dua dos vaksin diberikan kepada penerima dengan segera.

Disebabkan hal ini, kerajaan perlu meningkatkan kapasiti suntikan dua dos vaksin kerana ianya adalah langkah terbaik bagi meningkatkan imuniti penerima vaksin sebagai mekanisma pertahanan badan bagi melawan wabak yang tular ini.

“Untuk melandaikan penularan sekarang, ‘ubat’ yang paling berkesan adalah vaksin. Tetapi untuk lebih selamat, sebenarnya tak cukup satu dos, kita perlukan dua (dos) vaksin” tambahnya lagi.

Difahamkan, individu yang telah menerima dua dos suntikan vaksin tetap boleh dijangkiti, namun 88 peratus tidak akan bersimptom manakala 96 peratus tidak perlu dimasukkan ke hospital. Ini sekaligus boleh mengurangkan kapasiti hospital yang kini dalam keadaan genting berikutan jumlah kes yang tinggi. terutamanya yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

206473646 4242503782478482 2109302716176302061 N

Tambah Dr Rosnida lagi, varian Delta ini dilaporkan 60 peratus lebih mudah untuk menjangkiti berbanding virus asal dan keadaan ini sangat membimbangkan kerana sistem kesihatan awam negara bakal lumpuh sekiranya tiada langkah yang diambil secara komprehensif.

Selain varian Delta, dunia kini turut diancam kebimbangan dengan penemuan varian baharu, Lambda yang juga dikenali sebagai C.37. Varian yang pertama kali dikesan di Peru ini dikatakan lebih berbahaya dan mungkin kebal terhadap vaksin.
Sumber : Awani
Kes Stabil
Sumber: Harian Metro
Sumber: HTAR

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top