in

“Jangan terus tuduh PH zalim!”

Page Najib2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan kemelut yang melanda keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, anak-anaknya juga menjadi ‘mangsa’ keadaan.


Anak bongsu Najib dengan isteri pertama, Tengku Puteri Zainah, Datuk Mohd Nazifuddin telah bersuara menyatakan akaun kakaknya, Puteri Norlisa tidak sepatutnya dibekukan memandangkan dia perlu membayar kos rawatan perubatan kimoterapi bagi penyakit kanser tahap empat yang dihidapinya.

Np
sumber: facebook

Beliau juga mengharapkan agar kerajaan akan lebih prihatin terhadap nasib kakaknya itu. Menurut Free Malaysia Today, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mohamed Hanipa Maidin menasihati Najib supaya menulis surat berkaitan hal ini.

“Jika benar apa yang dilaporkan, saya rasa tidak ada masalah untuk mantan perdana menteri itu arahkan peguam beliau menulis kepada pihak yang berkenaan bagi keluarkan sejumlah wang dari akaun yang dibekukan untuk tujuan pembayaran bil.”

“Saya tak pasti beliau telah lakukan hal yang saya katakan itu. Jika sudah, kena pushlah dan boleh juga tulis surat kat saya atau Menteri di JPM (Undang-Undang) Liew Vui Keong”

Hanipa Maidin1
sumber: fmt

Beliau juga mengatakan bahawa pihaknya akan berbincang dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan hal ini.

“Jika belum buat, janganlah terus tuduh Pakatan Harapan zalim.”

Walau bagaimanapun, berdasarkan kenyataan Najib di Facebook, beliau mengatakan akaun anak-anaknya sudah lepas daripada pembekuan manakala akaun peribadinya masih dibekukan.

Malaysian Prime Minister Najib Razak E1526108465785
sumber: pm news

“Ini menunjukkan tindakan pembekuan itu dibuat tanpa sebarang asas.”

Syukur anak Najib boleh teruskan rawatan dan membayar kos tersebut.

Baca: “Tidak sepatutnya beku akaun kakak hidap kanser”

Page Anak Najib 2 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.