Sejak berkahwin semula, Ina Naim atau nama sebenarnya, Nordiana Md. Naim, 40, dan suaminya, Mohd Khairul Rizal sering mendapat perhatian netizen.
Terbaru kali ini, ketika muncul dalam satu sesi live di TikTok, Ina Naim dilihat agak jengkel dengan pertanyaan netizen yang ingin tahu mengenai pekerjaan sebenarnya suaminya.
Jangan tanya lagi suami saya kerja apa. Dia kerja dengan Allah,” kata Ina dengan nada yang sedikit tinggi.
@quranenuur Replying to @Cik Lia Siapa suka tanya suami kak ina tak kerja ke tu wajib tengok video ni sampai habis? #fyp #enuurhq #alquranenuur #inanaim #alquranterjemahan
Menurutnya, ramai yang menganggap suaminya tidak bekerja kerana sering muncul live di media sosial. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa suaminya ialah seorang perunding kejuruteraan.
Nampak macam tak kerja. Tetapi sebenarnya dia kerja. Dia seorang perunding kejuruteraan. Dia tak perlu ke pejabat setiap hari ini.
“Zaman sekarang sudah moden. Sedangkan ketika waktu zaman pandemik dulu orang boleh bekerja dari rumah.
“Sekarang jangan tanya saya lagi. Kak Ina nak cerita biar orang faham. Suami saya bekerja sebenarnya. Geram rasanya!” katanya.
Menurut Ina, biarpun pendapatan suaminya tak besar tetapi dia bersyukur kerana perbelanjaan mereka sekeluarga serba cukup.
Artikel berkaitan: “Dia takut wartawan kejar” – Ina Naim Sangkal Dakwaan Anak Tak Restui Perkahwinan
Artikel berkaitan: “Nafkah batin yang penting” – Ditanya Dapat Berapa Nafkah, Ini Jawapan Padu Dari Ina Naim
“Kenapa Ina nampak lain sekarang?”
Video tersebut walau bagaimanapun menerima pelbagai komen daripada netizen yang berpendapat sikap Ina Naim agak berbeza berbanding dirinya yang dulu.
Ina yang dahulu dikatakan lebih lemah lembut dan tidak banyak bercakap berbanding sekarang.
Apa-apapun kita doakan semoga rumah tangga Ina dan suami sentiasa dirahmati. Amin.
Sumber: TikTok