in

“Jangan risaukan kami, doakan rakyat Gaza” – Farah Lee Jelaskan Keadaan Kembali Terkawal

ft farah lee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aktivis kemanusiaan dan personaliti media sosial, Farah Lee menjelaskan bahawa konvoi untuk misi kemanusiaaan ke Gaza kembali terkawal dan pelayaran kini diteruskan.

Dia yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) bersama 33 rakyat Malaysia memohon agar orang ramai kekal tenang berikutan dengan laporan mengenai gangguan yang dialami dalam misi itu.


Artikel berkaitan : Datuk Seri Siti Nurhaliza Dedah Bangunan Sekolah Afwa Dan Aafiyah Di Gaza Telah Musnah Dib*m

Artikel berkaitan : Konvoi Global Sumud Flotilla Kini Berlayar Dari Tunisia Ke Gaza, Cabar Sekatan Israel Demi Sampaikan Bantuan Kemanusiaan

Di samping itu, pemilik nama sebenar Nurfarahin Romli ini turut berkata bahawa, biarpun ada gangguan sistem komunikasi pada salah satu daripada kapal yang menyertai pelayaran itu semalam, ia juga telah berjaya ditangani dan kapal GSF kini meneruskan pelayaran bersama-sama seperti biasa.

“Keadaan di sini tenang saja. Kami ingin mengajak semua untuk sentiasa tenang. Ini bukan untuk menakutkan atau mendebarkan (orang ramai), tetapi untuk memaklumkan keadaan sebenar di sini,” katanya menerusi hantaran video di media sosial.

farah lee

Jelas Farah lagi, semua peserta misi itu telah diberikan latihan cukup yang merangkumi aspek fizikal, emosi, mental dan undang-undang serta media sebelum mereka berlayar bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan.

“Jangan risaukan kami, tetapi tetap doakan rakyat Gaza dan juga mereka yang ditindas di seluruh dunia.”

Untuk info, sebanyak 34 orang rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF yang sebahagian daripada aktivis dari 45 buah negara yang berlayar ke Gaza bagu memecahkan kepungan terhadap wilayah itu.

Pelayaran GSF merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan yang menggesa peperangan dan krisis kebuluran dihentikan. selain menuntut pembukaan akses koridor kemanusiaan ke Gaza.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.