in

Jangan Pandang Rendah! Walaupun OKU, ‘Wak’ Miliki 5 Food Truck & Pendapatan RM8,000 Sehari

Oku Kebab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bergelar OKU dengan keadaan fizikal tidak seperti orang lain bukanlah penghalang buat lelaki ini untuk berjaya, malah dia mungkin membuatkan semua orang terinspirasi dengan kisahnya.

Ikhsan Sirat, 57, OKU kerdil memiliki sekurang-kurangnya 5 trak makanan dengan pendapatan melebihi RM20,000 sebulan!


Ikhsan 3
sumber: utusan

Menurut NST dan Harian Metro, perjalanan Ikhsan sebagai peniaga kecil-kecilan bermula 30 tahun lalu di pasar malam. Pada ketika itu, dia menjual burger dengan harga yang sangat murah iaitu RM1.

Selepas 10 tahun, Ikhsan kemudian bertukar kepada menjual kebab memandangkan makanan itu lebih mudah dikendalikan dan memberinya lebih banyak keuntungan.

“Dari segi fizikal, saya tidak ada masalah untuk bergerak cuma jual burger perlu lebih ramai pekerja dan saiz kuali yang besar buat saya susah sikit nak masak.”

“Mula-mula saya berniaga dulu, saya perlu bersaing dengan lima lagi gerai yang jual burger dan ia diusahakan oleh orang normal.

“Tapi saya tak jadikan ia sebab untuk rasa rendah diri. Saya percaya kalau makanan yang dijual sedap dan ‘servis’ bagus mesti pelanggan akan beli.”

Ikhsan 5

Ikhsan 4
sumber: utusan

Menurut Ikhsan atau lebih mesra dipanggil ‘Wak’, dia percaya yang saiz badannya yang kecil itu adalah satu kelebihan kerana pelanggan akan lebih senang untuk mengingatinya.

“Pelanggan yang datang balik selalunya akan dapat cari gerai saya semula sebab ingat akan fizikal saya yang berbeza dari orang lain.”

Bermula dengan satu dan kini dah miliki 5 trak, Ikhsan yang dibantu oleh dua isteri dan lima anaknya itu memperoleh pendapatan sebanyak RM8,000 sehari! Lagi banyak daripada gaji admin sebulan…huhu….

Ikhsan 1
sumber: harian metro
Ikhsan 2
sumber: nst

“Kami menggunakan daging yang segar setiap hari dengan 25 rempah untuk menghasilkan  ‘Kebab Wak Ikhsan’. Saya tiada tempat asas untuk operasi, dah trak makanan akan selalu berada di kawasan universiti serta acara lain.

“Pada saya, kekurangan bukanlah satu penghalang. Apa yang penting adalah minat dalam bisnes itu sendiri serta keberanian untuk mengejar kejayaan. Para OKU perlu jadi berani dan ambil peluang yang ada depan mata.”

Kipidap, Wak! Jom lah kita jadikan kisah Wak ni satu inspirasi untuk kita berjaya dalam bidang masing-masing…

Baca: Jom Support Dobi OKU Ni!

Dobi Oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.