Di media sosial sekarang, hangat diperkatakan mengenai isu gangguan seksual yang melibatkan seorang pendakwah terkenal.
Isu itu kembali hangat selepas foto dan video yang menyerupai pendakwah itu didedahkan di media sosial dan ia membuat Caprice sendiri bersuara tentang hal ini.
Jangan main-main dekat tanah suci.”
Baru-baru ini Caprice ada membuat satu kenyataan di IG Story miliknya, katanya dia sebelum ini pernah memberi amaran berkenaan dengan isu tersebut.
“Kita pernah bagi amaran awal-awal, jangan main-main dekat tanah suci..benda tu akan makan tuan dia balik, tapi masa tu orang ramai panggil kita gila. Sekarang siapa yang gila sebenarnya.”
Dalam perkongsian itu, ia disertakan dengan pautan satu group Telegram yang dikatakan pendedahan daripada pendakwah bebas, Firdaus Wong berkenaan dengan isu tersebut.
Selain itu, satu kontroversi antara Caprice dan pelakon Sharnaaz Ahmad pernah timbul berikutan dengan gurauan Sharnaaz dalam satu sesi live sehinggakan Caprice terpanggil dan tercetus perbalahan kecil antara mereka berdua.
Bagaimanapun, kes itu segera diselesaikan setelah Sharnaaz membuat permohonan secara terbuka beberapa minggu lalu.
Terbaru Caprice ada kongsikan dia dan Sharnaaz bersua di sebuah restoran dan ia membuatkan ramai netizen senang hati kerana kelihatan mereka seperti sudah berdamai.
https://www.instagram.com/p/CUHrOmzBge0/
Baguslah kalau dah berdamai, kalau masing-masing ribut memang hanya mengeruhkan keadaan sahaja.