Ini peluang terakhir korang untuk bermesra dengan orang-orang tersayang yang terkandas jauh dekat tempat lain disebabkan oleh PKP dengan menyaksikan fenomena semulajadi alam pada malam Khamis (7 Mei) akan datang ni!
Science Focus melaporkan, hari Khamis ni korang berpeluang untuk menyaksikan Super Moon yang ke empat dan terakhir akan terbit pada tahun ni. Fenomena ini dipanggil ‘Super Flower Moon”, kerana ia terbit saat bermulanya musim bunga untuk tahun ini.
Apa yang istimewanya tentang Super Flower Moon ni? Kalau kena pada cuaca dan tempat, korang dapat tengok bulan pada malam Khamis ni lagi besar dari biasa tau!
Untuk kita yang tinggal di Malaysia, masa paling sesuai untuk tengok bulan ni adalah pada jam 7.18 p.m. So, sementara korang tengah tunggu waktu berbuka tu, bolehlah tinjau langit tu, mana tahu korang boleh nampak bulan besar yang cantik ni.
Bukan tu je, bulan yang korang akan nampak nanti bukan warna putih biasa korang nampak sekarang, tapi warna kuning ke jingga gelap. Fuhhh
Jangan lupa tau, sebab kalau korang nak tengok lagi Super Moon ni, next time korang kena tunggu 27 April 2021 baru dapat tengok. So, set reminder sekarang!!!
Baca: Rakyat Malaysia Berpeluang Menyaksikan Gerhana Bulan ‘Super Pink Moon’ Pada Hari Rabu, 8 April Ini