Mesti ramai yang nak tengok macam mana rupa gerhana bulan. Jangan risau, rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan atau lebih dikenali sebagai ‘Super Pink Moon’ pada hari Rabu ini, lapor TheRakyatPost.
Menurut Time and Date, fenomena ini akan berlaku pada 8 April 2020, iaitu pada hari Rabu ini dan orang ramai berpeuang untuk melihat fenomena itu bermula pada waktu pagi dan korang boleh tengok jelas pada waktu malam.
Walaupun namannya Super Pink Moon tapi ia tidak menggambarkan bentuk warna pink seperti namanya sebaliknya ia akan muncul dengan warna kuning keemasan malah lebih terang dari cahaya bulan biasa.
Menurut The Old Farmer’s Almanac,nama Super Pink Moon diambil sebab fenomena gerhana bulan ini terjadi apabila musim bunga jenis phlox merah jambu berkembang mekar.
Jadi, rakyat Malaysia dapat tengok sendiri fenomena alam yang akan berlaku pada hari Rabu nanti.
Baca : Lepas Gerhana Matahari & Meteor, Esok Malam Korang Boleh Gerhana Bulan Penumbra Pula!