in

“Jangan dtg Malaysia PLEASE!” – Singapura SAH Ada 1 Kes Jangkitan Coronavirus, Rakyat Wuhan Datang Bercuti!

Coronavirus Singapore

Alamak, dah semakin dekat dengan Malaysia!

Semalam, Singapura mengesahkan bahawa mereka telah mencatat kes pertama coronavirus dari Wuhan!

Menurut CNA, Kementerian Kesihatan negara itu telah memaklumkan pesakit yang membawa jangkitan itu memang berasal dari Wuhan. Lelaki berusia 66 tahun itu telah menaiki penerbangan China Southern CZ351 dari Guangzhou untuk bercuti dengan keluarga pada 20 Januari lepas.

Singapore5
gambar hiasan

Ketika tiba dan dirawat, dia diletakkan di bilik pengasingan dekat Singapore General Hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Lelaki itu akui sakit tekak ketika dalam penerbangan menuju ke Singapura namun tak ada rasa macam nak demam. Bagaimanapun, bila sampai ke Singapura dia terus demam dan mula batuk keesokan harinya.

Singapore4
sumber: straits times

Disebabkan itu, dia terus pergi ke hospital pada Rabu, 22 Januari di mana dia disahkan menghidap pneumonia dan terus segera diasingkan kerana disyaki membawa virus berjangkit itu.

Pada jam 6 petang semalam, doktor memaklumkan dia disahkan positif coronavirus!

Kementerian Kesihatan kemudian terus mengambil tindakan pantas untuk mengenal pasti sesiapa sahaja yang berinteraksi dan berjumpa dengannya.

Termasuklah 9 orang ahli keluarganya serta 30 individu yang lain menaiki penerbangan sama dengannya dari Guangzhou. Mereka dikhabarkan akan dihubungi selepas dikenalpasti oleh Kementerian Kesihatan.

Wuhan
gambar hiasan
Singapore3
sumber: scmp

Anak lelakinya berusia 37 tahun dilaporkan telah ditahan dan dimasukkan ke dalam wad selepas dipercayai dijangkiti serta akan menerima rawatan sepatutnya.

Lelaki itu dilaporkan menempah bilik di Shangri-La Rasa Sentosa Resort and Spa tapi dia mengaku tidak melakukan aktiviti luar dan hanya berada sekitar kawasan hotel sahaja.

Janganlah ada kes dekat Malaysia pula lepas ni ?

Baca: “Nampak tak betapa bahaya virus ni? ” – [VIDEO] Mangsa Coronavirus Dibawa Dalam Tiub Plastik Bertutup Sebab Taknak Orang Lain Berjangkit

Coronavirus Tiubplastik