in

“Jangan cakap saya tak jaga sensitiviti orang, tunggu tindakan saya” – Aliff Syukri Respon Hentaman Ali Puteh

Ap5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya situasi pilu terhadap pemergian Abam telah berubah menjadi satu situasi tegang apabila Ali Puteh ada membuat kenyataan panas kepada kakak iparnya yang merupakan balu kepada arwah Abam.


Ia susulan dengan IG live Dato’ Aliff Syukri yang melawat balu arwah, Nor Hidayah di rumahnya untuk bertanyakan keadaannya sekarang.

 

“Sekarang saya tiada apa-apa” – Hidayah

Sungguh tak diduga apabila keadaan Nor Hidayah dikatakan agak mendukacitakan apabila dikhabarkan  keluarga belah suaminya itu ‘tarik’ kereta.

Disebabkan pendedahan yang dilakukan itulah menimbulkan kemarahan Ali Puteh sehinggakan dia bengang dengan Dato’ Aliff Syukri.

Selepas mengecam kakak iparnya sendiri, Ali Puteh memadam posting tersebut dan muat naik satu kenyataan untuk cabar bersemuka dengan Aliff Syukri.

Pada mulanya, ramai netizen tertanya-tanya punca kemarahan Ali Puteh, tapi ia mula didedahkan apabila Ali  membuat kenyataan di Instagram sekali lagi menzahirkan rasa bengang terhadap lawatan Aliff Syukri sebagai bahan untuk Youtube Channel miliknya itu.

 

Demi youtube kekayaan yang kau keja tapi adab agama kau langgar”Ali Puteh

Ap2
Sumber : instagram

Berikutan itu, Aliff Syukri terpanggil untuk jawab dan perjelaskan situasi dan isu sebenar lawatannya itu.

 

Jangan cakap saya tak jaga sensitiviti orang” – Aliff Syukri

Katanya dia hanya ingin beri bantuan dari segi wang dan peralatan rumah sebab bagi pengasas produk D’Herbs itu Hidayah memang memerlukan.

Malah tujuan lawatannya itu hanya ingin bertanyakan khabar dan disambut baik oleh keluarga kecil arwah Abam, segala soalan yang diajukan itu pun sudah dapat persetujuan daripada pihak sana.

Dalam pada itu, dakwaan Ali yang mengatakan tujuan dia buat perkara yang dianggap langgar adab agama demi raih jumlah tontonan Youtube itu pun ditepis oleh Aliff Syukri.

“Tak kaya pun buat youtube duit bayar duit minyak kete i jeee lepas..? memang i bantu smua org…kalau nak bincng baik2 i ok jerrr… kenapa mcm nak gaduh??”

Bagaimanapun Aliff tidak salahkan sesiapa dan tak mengutuk sesiapa.

“Good nite smua.. sebelum mengutuk tngok dulu live dulu .. sy x salah kan sesiapa.. malah x mengutuk sesiapa pun.. cuba dengar…sy ada 10kali rakaman vedio lagi malah sbblum posting ofcoz persetujuan smua nak bahan smua sy simpan…kami dtg pun berjemput soo pikirkan (aku x kayalah duit youtube dah lama buat bisnes lah ) .. tunggu tindakan saya..”

View this post on Instagram

sy tak faham…. sy hanya beri bantuan duit dan peralatan rumah dr @as.legacymalaysia sbb sy lihat dia memerlukan .. dan bertanya khabar.. dan sy disambut baik dr mereka… dan smua soalan sy dah di setujui oleh mereka bkn i suka2 tanya (harap maklum jgn cakap i x jaga sensitviti org) …. Kalau orang nak tengok video lebih panjang lagi korang boleh tengok dekat YouTube tv Telajak laris esok ptg. tak kaya pun buat youtube duit bayar duit minyak kete i jeee lepas..? memang i bantu smua org…kalau nak bincng baik2 i ok jerrr… kenapa mcm nak gaduh?? . . good nite smua.. sebelum mengutuk tngok dulu live dulu .. sy x salah kan sesiapa.. malah x mengutuk sesiapa pun.. cuba dengar…sy ada 10kali rakaman vedio lagi malah sbblum posting ofcoz persetujuan smua nak bahan smua sy simpan…kami dtg pun berjemput soo pikirkan (aku x kayalah duit youtube dah lama buat bisnes lah ) .. tunggu tindakan saya..

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Allahu, admin teringat Achey ada pernah pesan, jernihkanlah se jernih-jernihnya, fikir arwah. Memang betul seeloknya bincanglah dengan baik dalam isu ini, arwah baru je pergi seminggu.

 

Baca : “Sekarang saya tiada apa-apa” – Balu Abam Dedah Keluarga Belah Suami Tak Kasi Guna Kereta Hantar Anak Demam

Baluabam

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.