in

“Jangan cakap sahaja” – Disuruh Letak Jawatan, Ini Respon Rina Harun Terhadap Isu Video Rosyam Nor

Collage 35

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, video promosi bagi Program Wanita Bangkit yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang melibatkan pelakon Rosyam Nor telah mendapat kritikan ramai.


Video yang menampilkan Rosyam Nor dan Menteri KPWKM Rina Harun ini telah dianggap kasar apabila pelakon tersebut mengatakan bahawa wanita suka bangun lambat serta meletakkan unsur kekerasan seperti “aku nak belasah kepala korang”.

Ekoran dari ini, beberapa ahli parlimen telah menyatakan rasa kurang senang mereka dengan promosi yang dibuat oleh Rina Harun ini.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh meminta agar Rina Harun meletakkan jawatan lebih-lebih lagi selepas menteri itu membiarkan Rosyam mengeluarkan kata-kata kasar terhadap wanita.

Manakala Azalina Othman pula mengatakan lebih elok jika KPWKM ditukar kepada Kementerian Pembangunan Keluarga dan buang perkataan “wanita” kerana tindakan Rina ini telah merugikan segala usaha untuk menentang keganasan terhadap wanita.

“Jangan cakap sahaja”

Ekoran respon negatif yang diterima, Rina Harun telah meminta orang ramai untuk tidak mempolitikkan video yang dikatakan sengaja merendahkan kaum wanita.

Malah, menteri ini meminta agar orang ramai lihat sendiri konten program yang dianjurkan oleh kementeriannya ini, lapor FMT.

Pada ketika ini, janganlah kita mempolitikkan segala-galanya. Lihat kandungan program. Apa yang penting ramai (wanita) perlu dibela dan dibantu.”

Selain itu, Rina turut menjemput Hannah Yeoh untuk sama-sama bergabung dan membantu wanita-wanita yang memerlukan.

Jika Yeoh atau orang lain nak bantu kita tolong wanita yang memerlukan. Kami sangat mengalu-alukan. Jangan hanya cakap, buat.”

 

Baca: [VIDEO] Ramai Tak Puas Hati Cara KPWKM Promosi ‘Event’, Siap Suruh Pecat Rina Harun?

Kpwm Rina Harun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.