Twitter pagi ini kecoh dengan video yang dimuat naik oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dalam TikTok miliknya, di mana ia merupakan sebuah video yang mempromosikan sebuah program anjuran kementerian tersebut.
Program Keusahawanan Wanita Bangkit @ KPWKM itu diadakan semalam, walaupun ia merupakan program yang menyasarkan pembangunan wanita, tetapi ramai yang tidak bersetuju dengan video promosinya yang seperti merendahkan wanita.
https://www.tiktok.com/@dsrinaharun/video/7142449887689444634?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7133405703553418753
Video itu menampilkan pelakon terkenal tempatan Datuk Rosyam Nor yang menggunakan ayat kurang sopan dan agak triggering seperti “suka bangun lambat”, “wanita semua lambat”, “aku nak belasah kepala korang”.
Disebabkan itu, ramai netizen yang merasakan ia sesuatu yang tidak wajar dan agak bertentangan dengan apa yang ingin diketengahkan.
“Rina Harun harus dipecat”
Perkara itu bukan sahaja mendatangkan kemarahan netizen, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang juga bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat turut meluahkan rasa tidak puas hati melalui sebuah kenyataan di Facebook miliknya.
“Yang harus ‘bangun daripada tidur’ adalah Rina Harun dan Timbalan Menteri beliau (Siti Zailah Yusoff dari PAS). Tiga tahun sudah melebihi probation period (tempoh percubaan) untuk mereka ‘bangkit’ buat kerja,” tulisnya.
Malah, Hannah Yeoh juga dalam kenyataannya itu mebandingkan kepimpinan Datuk Seri Rina Harun dengan portfolio yang sama sebelum ini yang dipegang oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika era pentadbiran PH pada 2018.
Hmm, apa pendapat korang pula?
Baca: Dakwa Diraba & Dipaksa Tonton Video Lucah, Rina Harun Bakal Panggil Aqish & Bapa Untuk Siasatan