in

“Jangan buat tak nampak”- Ustaz Ini Kata Settlekan Punca Kemalangan Maut Dulu, Baru Bincang Soal Car Seat

Featured 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kurang 2 bulan lagi, perlaksanaan car seat akan diwajibkan kepada mana-mana kenderaan yang membawa bayi dan kanak-kanak.


1 Januari 2020 merupakan tarikh perlaksanaan wajib car seat ini namun persoalannya sejauh manakah persediaan dan penerimaan ibu bapa terhadap perlaksanaan ini?

Setakat ini dapat dilihat wujud 2 puak iaitu yang menyokong dan menentang pemasangan car seat, masing-masing tampil dengan idea dan alasan berhubung perkara itu.

Namun penulis tertarik untuk berkongsi posting yang dibuat Khairul Anuar Basri di facebook tentang perkara ini.

 

“Fakta yang tak boleh kita nak nafi ialah; sebab kematian kanak-kanak paling utama selepas lemas dan tercekik ialah kemalangan. Hakikat ni kita semua setuju, namun…”

Sekarang, sampailah masanya saya menulis tentang penguatkuasaan penggunaan car seat bagi kanak-kanak bermula 1 Januari…

Posted by Khairul Anuar Basri on Friday, November 15, 2019

 

Setuju sebab kematian kanak-kanak paling utama selepas lemas dan tercekik ialah kemalangan tapi…

Sekarang, sampailah masanya saya menulis tentang penguatkuasaan penggunaan car seat bagi kanak-kanak bermula 1 Januari 2020.

1 fakta yang tak boleh kita nak nafi ialah; sebab kematian kanak-kanak paling utama selepas lemas dan tercekik ialah kemalangan.

Hakikat ni kita semua setuju. In fact, penggunaan car seat bagi kanak-kanak patut dialu-alukan oleh semua pihak sebab ia boleh mengatasi punca kematian kanak-kanak akibat kemalangan.

Fakta yang saya nak bincang jugak secara objektif kali ni ialah; kita ada 1 lagi masalah besar selain daripada punca kematian kanak-kanak (tak guna car seat) iaitu PUNCA KEMALANGAN itu sendiri.

Yes, kalau kita nak selesai punca kematian kanak-kanak dalam kemalangan iaitu tak guna car seat, maka bila guna car seat, harapnya boleh berkuranglah kematian kanak-kanak.

Saya pun setuju.

Tapi, ia tetap tak menyelesaikan ibu lagi besar punya masalah iaitu kemalangan itu sendiri.

 

Kan elok selesaikan punca kemalangan, baru boleh selesaikan punca kematian

Empat Terbunuh Termasuk Ibu Mengandung Kemalangan Maut
Sumber: newmalaysiapost

Saya rasa semua orang setuju, kalau kita selesai punca kemalangan, maka dengan sendirinya punca kematian akan dapat diselesaikan.

Kalau kita selesai punca kematian akibat kemalangan sahaja, tanpa kita selesaikan punca kemalangan, maka kemalangan tetap akan berlaku dengan banyaknya sampai bila-bila.

Ini masalah sebenar yang jauh lebih besar dan patut kita ambil berat. Jangan buat tak nampak, atau pandang sebelah mata.

Saya rasa, semua orang setuju, kemalangan banyak berlaku (dan banyak juga kemalangan maut) di negara ini ialah berpunca daripada SIKAP dan KELALAIAN.

Betul tak?

 

Selesaikan dulu masalah kat bawah ni baru lah pergi soal car seat

1 14

Selesaikan masalah ni dulu sebelum pergi jauh sampai ke car seat.

    • Bawak kereta laju macam pelesit
    • Langgar lampu kuning traffic light 
    • Main handphone masa bawa kereta
    • Masuk simpang tak bagi signal
    • Bawa kereta terhegeh-hegeh, sekejap brek, sekejap brek 
    • Bawa kereta macam kura-kura tanpa rasa bersalah di lorong paling kanan 
    • Bawa kereta tanpa rehat, mengantuk dan letih 

Dan banyak lagi la kalau nak cari punca berlaku kemalangan. Dan semuanya berkait dengan sikap. Kena ubah sikap. Kena fikir dan buat sesuatu supaya sikap ni boleh diubah.

 

Apa kata beratkan lagi hukuman kepada pesalah jalan raya?

51481071395 Saman
Sumber: astro awani

Saya pernah terfikir, banyak benda boleh dibuat oleh pihak kerajaan atau penguatkuasa macam JPJ dan Polis Trafik. Salah satunya, beratkan lagi hukuman. Biar kow-kow punya.

    • Saman bagi lagi tinggi.
    • Bagi hukuman penjara pulak.
    • Batalkan dan haramkan terus lesen memandu untuk kesalahan yang berulang.
    • Buat kerja kemasyarakatan dan sebagainya.

Semua ni akan menyebabkan (sedikit kalau tak banyak) sikap masyarakat akan berubah. Dengan syarat, pihak penguatkuasa pun buat kerja biar ikhlas.

    • Jangan buat road block tempat terpilih pada masa terpilih. Atau bila dah cukup target, angkat kon, cabut balik. Nampak sangat macam dah meet target berapa saman keluar, maka selesai kerja.
    • Jangan kasi can dan bagi ruang pesalah kow tim dengan duit kopi. Yang ni tak payah ulas panjang. Nanti kecoh pulak. Ramai ada pengalaman ni termasuk saya sendiri.
    • Jangan la letak kamera speed trap di tempat yang orang tahu. Ini memang kartun tahap gaban la. Ada kamera kat highway PLUS dari Bangi menuju Kajang, sampai kat kamera tu, semua kereta bawa kereta macam siput. Lepas je kamera, semua pecut macam babi!

Tak ke kerja sia-sia tu wahai yang cerdik pandai?

Dan saya pernah terfikir, kadang-kadang, nak bagi pemandu behave ni (slowkan speed dan sebagainya), letak kon oren tu tengah jalan pun orang dah slow dah. Tak payah pacak roadblock pun.

Kan? Kan? Kan?

 

“Kat luar negara boleh behave macam malaikat, balik sini perangai macam setan!”

Saya pun pelik, kenapa bila kita berada di luar negara, kita boleh behave macam malaikat? Bawa kereta ikut peraturan jalanraya. Nak jalan kaki pun solan santun. Nak buang sampah pu cari tong sampah.

Tapi balik sini, perangai macam setan! Serba serbi langgar.

Macam lampu isyarat kan.. lagi kuning lagi dia pecut. Itu yang kalau eksiden, terus mati tu.

So, balik semula kepada car seat tadi.

Ye, baguslah ada car seat. Tapi, praktikalkah dari segala segi?

    • Kos – saya baru tulis 2, 3 hari lepas pasal kos belajar bila nak masuk sekolah awal tahun yang bikin mak bapak sakit jiwa. Lagi nak tambah dengan car seat pulak?

Kalau 1 berapa? Kalau 2? Kalau 3?

    • Pratikal – tak semua orang pakai kereta besar. Ada yang kereta kecil, anak pulak ramai. Dah elok-elok boleh sumbat 5 orang anak kat belakang, terus tinggal 2 orang je sebab dah isi dengan car seat.
    • Penguatkuasaan – macamana nak buat tu? Polis dan JPJ diorang guna tak car seat tu untuk kereta diorang? Saya pernah tengok, geng-geng ni pun kalau bawa kereta seat belt pun tak pakai.. oppsss… maaf Tuan..

Dan lain-lain lagilah ye.. tapi yang paling besar masalah kewangan tu la.

So, kesimpulan yang saya nak bagi ialah :

    • Cari benda lebih penting untuk selesai. Kemudian selesaikan dulu.

Peringatan : jangan lepas ni bila dah orang semua habis duit beli car seat, kerajaan nak kaji balik semula pulak. Macam tak biasa kan? Dah banyak kali jadi sebelum ni.

 

So korang rasa macam mana? 

Baca : Dah diwajibkan car seat, mula orang mencuri Kereta Wanita Ini Kena Pecah Sebab Nak Curi Car Seat, Hati-Hati!

Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.